Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Puding Roti Kuah Kastard Yang Paling Simple. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!
Ada penggemar resepi puding roti kuah kastard? Mesti ramai yang suka dessert ni kan. Apa saja jenis puding lebih enak dimakan sejuk-sejuk. Sama juga dengan resepi puding roti ini. Keenakannya tak terkata bila dihidang sejuk bersama kuah kastard.
Seperti yang kita tahu, puding boleh dipelbagaikan cara penyediaanya. Untuk resepi yang akan dikongsikan hari ini, puding akan menggunakan roti sebagai bahan utamanya. Jadi, kalau ada roti yang nak expired tu cepat-cepat buat puding.
Tak baik membazir, roti memang bersifat tak tahan lama. Mungkin tak habis sebab kita rasa bosan nak makan roti yang disapu dengan jem. Puding boleh dimasak dengan dua cara iaitu kukus dan juga bakar.
Yang suka pada puding tekstur kering, anda boleh menggunakan kaedah membakar. Yang suka pada puding moist pula, boleh gunakan kaedah kukus. Untuk resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ariana Sofia Ahmad, kita akan menggunakan teknik bakar.
RESEPI PUDING ROTI KUAH KASTARD
Puding antar pencuci mulut yang mudah dibuat. Hasilnya juga ramai yang suka. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 8 keping roti (dipotong 4)
- 2 cawan susu segar
- 3 sudu besar gula halus
- 2 biji telur
- 1sk esen vanila
- Butter (sapu pada roti)
- Kismis
Bahan untuk sos kastard :
- 2 cawan susu cair
- 1/2 cawan air
- 4 sudu gula biasa
- 2 sudu besar tepung kastard
CARA PENYEDIAAN PUDING ROTI KUAH KASTARD :
▶️ Potong roti kepada 4 bahagian dan sapu dengan butter.
▶️ Sapu loyang dengan butter dan susun roti kemas-kemas. Buat dalam 2 lapis pun boleh. Ketepikan.
▶️ Dalam bekas lain, campurkan telur dengan esen vanilla. Kacau guna whisk.
▶️ Kemudian, masukkan gula halus dan kacau.
▶️ Masukkan susu segar dan kacau semua bahan hingga sebati.
▶️ Tuangkan, adunan kedalam loyang yang dah disusun roti tadi. Tekan sikit supaya semua roti tadi menyerap air.
▶️ Taburkan kismis dibahagian atasnya.
▶️ Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau ikut oven masing-masing.
Cara penyediaan sos kastard :
▶️ Masukkan semua bahan dalam periuk dan buka api.
▶️ Masak sehingga kuah menjadi pekat dan pastikan sentiasa dikacau supaya tak berketul-ketul.
Cara hidangan puding roti kuah kastard :
▶️ Apabila roti siap dibakar, biarkan seketika dan potong.
▶️ Hidang dengan cara curahkan sos kastard dibahagian atasnya. Siap!
BACA JUGA: Resepi Korean Spicy Chicken Homemade. Rangup Dan Sedap Hingga Menjilat Jari!
Siap untuk dihidang! Susunan roti boleh diselang selikan dengan kismis. Selain menggunakan roti biasa, puding juga boleh menggunakan roti butterscotch. Rasanya juga sedikit berbeza dengan roti biasa.
Sos kastard boleh dimasukkan dalam peti. Nak masukkan puding pun boleh. Tapi, masukkan selepas puding sejuk dalam suhu bilik. Lepas keluar dari oven tak boleh dimasukkan terus kedalam peti.
Zaman dah semakin moden, setiap rumah mungkin dah ada air fryer. Nak masak puding dalam air fryer pun boleh. Lebih mudah. Semoga resepi puding roti kuah kastard ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!