Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Udang Butter Milk Berkuah Yang Memang Sedap. Hidangan Istimewa Yang Anda Wajib Cuba!
Nak buat udang butter milk berkuah ni sangatlah mudah. Udang butter boleh juga dimasak tanpa susu. Susu biasanya digunakan untuk menjadikan udang butter milk kita berkuah. Resepi ini wajib dimasak dengan udang yang fresh, barulah sedap.
Dalam resepi ini udang digoreng dengan menggunakan garam dan juga kunyit. Sangat simple. Udang boleh juga digoreng dengan bahan lain seperti lada sulah, lada hitam, tepung gandum dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
Udang perlu digoreng sekejap untuk mengelakkan udang menjadi keras. Daun kari wajib digunakan dalam penyediaa udang butter milk ini, sebab daun kari akan memberikan rasa dan aroma yang sedap dalam masakan.
Kepada yang baru nak mencuba resepi udang butter milk berkuah, anda boleh follow resepi yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Liza Idris melalui laman facebooknya. Pasti menjilat jari dibuatnya.
Udang butter milk bukan sahaja dimakan untuk dijadikan lauk nasi putih. Tetapi boleh dimakan ratah begitu sahaja. Masakan istimewa seperti ini bukan sahaja dimasak dirumah, tetapi akan menjadi salah satu menu di kedai makan atau restoran mahupun hotel mewah.
RESEPI UDANG BUTTER MILK BERKUAH
Tengok gambar yang dikongsikan boleh meleleh air liur dibuatnya. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihata bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 15 ekor udang size sederhana.
- Sedikit garam dan kunyit.
- 1 biji bawang besar dipotong dadu.
- 3/4 ulas bawang putih dimayang halus.
- 5/6 biji cili padi (nak pedas tambah lagi).
- 3 batang daun kari.
- Tomato Cheri atau biasa.
- 3 sudu buttercup atau mentega.
- 3 sudu minyak masak.
- Setengah tin susu cair.
- Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah (tak letak pun boleh).
- 1 sudu susu pekat manis (untuk lebih creamy).
CARA PENYEDIAAN UDANG BUTTER MILK BERKUAH :
▶️ Gaul udang dengan garam dan kunyit kemudian goreng. Dah masak ketepikan.
▶️ Panaskan minyak masak dan buttercup. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun kari hingga kekuningan dan naik bau.
▶️ Masukkan susu cair dan kacau sampai mendidih. Boleh letak tepung jagung sikit jika suka kuah itu pekat.
▶️ Bila bau dah naik, masukkan pula udang. Kacau dan biar sekejap.
▶️ Last sekali letak tomato. Perasakan dengan garam dan gula sedikit. Kalau nak sedap lagi, masukkan 1 sudu susu pekat.
▶️ Siap boleh makan atau ratah begitu saja
BACA JUGA: Resepi Kubis Gulung Isi Ayam Yang Sesuai Untuk Diet. Lebih Sihat, Ringkas Dan Confirm Sedap!
Wah, nampak mudahkan memasaknya. Anda boleh menambah beberapa keping cheese untuk kuah lebih pekat dan sedap. Yang gemar dengan cheese, anda boleh gunakan tips ini selain menggunakan susu pekat.
kalau ada duit lebih, bolehlah buat udang butter milk dengan menggunakan udang galah. Syok gile! Nak pakai udang biasa pun boleh juga, yang penting bahan-bahan yang diperlukan semuanya ada.
Hidangan udang butter milk berkuah ini pasti dapat membuka selesa jika dimakan bersama sekeluarga. Lebih-lebih lagi encik suami dapat udang butter air tangan isteri. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!