Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cookies Paling Senang Dibuat. Boleh Cuba Untuk Dijadikan Kudapan Dimasa Lapang!
Cookies merupakan sejenis kudapan ringan yang rangup dan dipelbagaikan perisanya. Rasanya yang manis telah menjadikan ia kudapan yang sangat disukai ramai. Resepi cookies ini sangatlah mudah dibuat dan boleh dimakan bila-bila masa anda lapang.
Famous amos merupakan satu jenama cookies yang terkenal dan cukup digilai ramai. Bila pergi ke mall mesti terhidu baunya. Harganya juga boleh tahan mahal. Sekali sekala nak beli tu takpe lah kan.
Bila menjelang hari raya, ramai juga yang membuat atau menempah biskut ini. Tapi bagi mereka yang pandai membuatnya, lebih suka membuatnya sendiri daripada membelinya diluar. Lebih jimat!
Resepi cookies paling senang ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Dya Mira. Ramai juga usahawan muda yang menjual cookies ini secara online dan offline. Ada juga yang menjualnya dipasar malam.
Memandangkan cik puan dya kita akan berkongsikan resepi cookies paling senang dibuat ini, apa kata kita follow step by step cara penyediaannya. Boleh cuba dulu, kalau menjadi raya haji nanti boleh buat lagi.
RESEPI COOKIES PALING SENANG DIBUAT
Bahan yang digunakan tidaklah renyah, yang biasa baking mesti menganggap cookies antara satu kudapan yang semua orang boleh membuatnya. Bila buat sendiri ni lebih terjamin kebersihannya. Nak buat banyak mana pun boleh.
Bahan-bahanyang diperlukan adalah :
Bahan A: Kacau Rata
- 250 gram Buttercup
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bahan B : Tambahkan
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 sudu besar minyak
- 2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
CARA PENYEDIAAN COOKIES PALING SENANG DIBUAT :
▶️ Semua bahan A hanya perlu dikacau sebati saja. Kacau dengan lemah lembut.
▶️ Bila dah kacau, masukkan pula bahan B.
▶️ Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat.
▶️ Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
▶️ Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam.
▶️ Bakar 20 minit pada suhu 160C menggunakan api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
BACA JUGA: Resepi Ketupat Sotong Versi Ganu Yang Manis Berlemak Dan Sedap. Tak Perlu Tanak Beras Pulut!
Siap! Pastikan sejuk dulu baru dimasukkan dalam balang yang kedap udara. Takut nanti tekstur cookies yang rangup bertukar pada lemau. Nak lebih mudah, pastikan bahagikan bahan kepada dua bahagian. Seperti diatas.
Lepas ni penggemar cookies dah boleh buat sendiri secara homemade. Macam-macam perisa cookies yang ada sekarang ni, cookies mint, red velvet, oren dan macam-macam lagi. Anda juga boleh pelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
Musim PKP macam ni, kena banyak stok makanan dirumah. Baru je makan, rasa nak makan lagi. Jadikan cookies antara kudapan anda sambil menonton tv pun seronok. Semoga resepi cookies paling senang dibuat ini bermanfaat. Selamat mencuba!