Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Jemput-Jemput Sosej Yang Simple Dan Sedap. Tak Caye Buatlah. Confirm Anak-Anak Suka!

0 751

Bosan-bosan nanti bolehlah buat jemput-jemput sosej ni! Korang pernah try tak? Resepi ni sangat mudah. Lebih kurang macam buat jemput-jemput maggie je. Cuma korang masukkan makanan kesukaan anak-anak korang iaitu sosej. Lagi banyak sosej lagi sedap!

Jemput-jemput ni antara kuih yang paling popular. Selalu dijadikan minum petang. Di pelbagaikan rasanya seperti jemput-jemput pisang, bawang, kelapa dan macam-macam lagi lah. Kali ni, korang boleh buat cekodok guna sosej, confirm anak-anak laju je nak makan nanti.

Korang boleh cicah jemput-jemput ni dengan sos. Makan pula panas-panas. Selain di hidang waktu petang, jemput-jemput ni juga boleh jadi bekal anak-anak kesekolah. Cara penyediaannya pun tak renyah. Cuma perlu potong sosej dan campur dengan tepung, telur, garam dan air.

Dah siap buat adunan, korang terus boleh goreng jemput-jemput korang. Adunan tu tak nak terlalu cair tau. Buat sama je macam korang buat jemput-jemput yang biasa korang makan tu. Nak lagi mudah korang follow resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Norrita Musa. Confirm menjadi!

Letak banyak sosej. Lagi berselera anak-anak korang nak makan nanti. Saya ada kawan yang memang anaknya susah sikit nak makan nasi. Hari-hari nak makan cekodok. Ha! Kalau ada isu macam ni, resepi jemput-jemput sosej ni lah korang boleh buat untuk anak-anak makan nanti.

 

RESEPI JEMPUT-JEMPUT SOSEJ 

Rasa tak sabar pula nak buat resepi simple untuk anak-anak ni kan. Korang yang suka makan sosej pun boleh try. Cicah sos je dah sedap. Kalau nak campur sayur macam carrot pun boleh juga. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Sosej (dipotong kecil)
  • 3-4 senduk tepung gandum
  • Telur sebiji
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air

CARA PENYEDIAAN JEMPUT-JEMPUT SOSEJ :

▶️ Campurkan tepung, sosej, telur, garam dan sedikit perasa.

▶️ Masukkan air. Gaul sampai semua sekata dan tak terlalu cair.

▶️ Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan.

 

▶️ Angkat dan toskan.

▶️ Boleh dimakan dengan dengan sos.

 

BACA JUGA : Jom Buat Jeruk Mangga Asam Boi. Boleh Kecur Liur Dibuatnya. Nak Buat Pun Mudah!

 

Simple, cepat dan sedap! Anak-anak yang tak makan sayur, korang boleh guna cara ni. Hiris carrot halus-halus dan campur dalam adunan sosej tadi. Sure boleh ajar anak-anak korang makan sayur lepas ni. Nampak rangup je luar jemput-jemput ni kan. Sedap!

Kadang-kadang korang pun dah tak tau nak bagi anak-anak makan apa kan. Nasi memilih, tapi makan sosej diaorang nak pula. Segala frozen food tu diaorang nak makan. Stok sosej pun dah belambak dalam peti. Kalau dah banyak sangat, elok lah ubah suai ikut resepi ni.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Norrita Musa kerana sudi berkongsi resepi jemput-jemput sosej ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Especially untuk ibu-ibu kat luar sana. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open