Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Jom Buat Jeruk Mangga Asam Boi. Boleh Kecur Liur Dibuatnya. Nak Buat Pun Mudah!

0 511

Ada tak kat sini penggemar jeruk mangga asam boi? Fuh! Sebut je dah kecur air liur di buatnya. Lagi sedap kalau masam dan pedas. Tapi, korang suka yang macam mana pula? Tak pe, korang follow je resepi mudah buat jeruk mangga asam boi ni kat sini. Nanti adjust je rasa ikut kesukaan masing-masing.

Kalau korang guna mangga yang mekar tu, takde lah rasanya masam sangat. Sebab tu kena letak asam boi. Jeruk ni ebih kurang sama macam jeruk orang jual kat traffic light tu. Tapi, kadang-kadang tak puas juga rasa nak makan. Satu bekas dah RM10, kat dalam tu tak banyak mana pun.

Kuantiti dah satu hal. Rasa pula tak semua sama. Ada yang sedap, biasa-biasa je dan ada juga yang tak ngam dengan tekak. Jual asal boleh je. Lagi elok buat sendiri. Jimat, nak makan banyak mana pun boleh. Yang penting korang yakin jeruk mangga yang korang buat tu lebih bersih.

Agak lama juga tak nampak orang jual jeruk mangga kat traffic light. Baru-baru ni je dah ada balik. Bukan tak saran korang beli, tapi kalau ada masa elok buat sendiri. Puas nak makan banyak mana. Follow je resepi simple yang di kongsikan oleh Cik Puan Noriza Awang Hamat ni. Confirm nak lagi!

Resepi ni tak menggunakan bahan yang banyak. Lebih kurang 6 bahan je macam tu termasuk mangga mekar. Kalau korang nak bagi jeruk korang asam lagi, korang tambah je lagi satu bahan iaitu limau kasturi. Potong dan terus masukkan dalam bekas jeruk mangga yang korang dah buat tu nanti. Tak perlu picit.

 

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI 

Tak nak buang masa lagi. Mesti korang tak sabar nak buat juga jeruk mangga ni kan. Sambil layan tv kalau dapat jeruk mangga macam ni lagi syok. Jom lihat satu persatu bahan-bahan  yang di perlukan di bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Mangga mekar
  • Asam boi yang putih
  • Cili api ikut kepedasan
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit kapur sirih

CARA PENYEDIAAN JERUK MANGGA ASAM BOI :

▶️ Rendam buah mangga yang siap dipotong dengan sedikit air kapur sirih. Rendam selama 3 jam.

▶️ Masak gula pasir dengan garam dan letakkan sedikit air. Masak sampai mendidih, tutup api dan sejukkan.

▶️ Buangkan air kapur tadi dan masukkan cili api, asam boi dan air gula yang dimasak tadi.

▶️ Kacau hingga sebati. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kek Pisang Kukus Yang Gebu Dan Sedap. Rugi Sangat Kalau Tak Cuba!

 

Wah! Dah siap pun jeruk asam boi kita. Senang ke susah? Senang je kan. Dah siap nanti, korang boleh simpan dalam peti dulu sebelum nak makan. Bagi jeruk sejuk sikit barulah syok nak makan nanti.

If korang suka dengan rasa yang masam dan pedas. Korang boleh lebihkan cili dan perahkan limau nipis. Bagi saya, lebih pedas dan lebih masam tu lagi sedap. Banyak lagi resepi menarik yang di kongsikan oleh Cik Puan Noriza Awang Hamat ni di wall Facebooknya. Semuanya menjadi tarikan ramai. 

Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi jeruk mangga asam boi yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Especially korang yang suka makan jeruk. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open