Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Kek Pisang Kukus Yang Gebu Dan Sedap. Rugi Sangat Kalau Tak Cuba!

0 238

Ada banyak resepi kek pisang kita boleh jumpa sekarang ni kan? Ada kek pisang kukus, ada juga kek pisang yang di bakar. Untuk perkongsian hari ni, apa kata korang try cara mudah buat kek pisang kukus yang gebu dan sedap. Lembut je hasilnya! Anak-anak pun mesti suka.

Kek pisang kukus ni sangat mudah di buat. Ianya juga tidak memerlukan bahan memasak yang banyak. Korang boleh gunakan pisang emas dan lenyek sebelum di campur dengan bahan memasak yang lain. Dan untuk hasilkan kek pisang yang cantik, korang juga boleh hiris pisang dan hias di bahagian atasnya.

Kek pisang juga boleh di buat dengan pelbagai rasa dan bukan pisang semata. Kek pisang ni boleh di campur dengan coklat, cheese dan macam-macam lagi. Buat ikut kreativiti masing-masing. Kek pisang ni juga sesuai di jadikan hidangan buat tetamu di majlis-majlis dan dijadikan menu minum petang.

Yang ada kebun pisang mesti dah bosan buat pisang goreng je kan. Elok juga kalau try buat kek pisang kukus ni. Follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Qasih Jue Aisya ni. Confirm menjadi! Cantik je kejadiannya nanti. Nak Buat niaga pun boleh tau!

Acuan kek ni boleh menggunakan acuan yang kecil. Boleh juga menggunakan acuan yang besar. Kalau guna acuan yang besar. Masa kukusan tu berbeza dengan acuan yang kecil. Kat resepi ni, Cik Puan Qasih Jue Aisya mengambil masa lebih kurang sejam untuk mengukus kek dalam acuan yang besar.

 

RESEPI APAM PISANG GEBU 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perluakan. Bahagikan bahan kepada 2 bahagian, so mudah korang nak buat nanti. Jom tengok bahan-bahan memasak kat bawah ni.

Bahan A :
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sdt soda bikarbonat

* Ayak semua bahan diatas *

 

Bahan B :
  • 1 1/2 cwn pisang emas yang dilenyek
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 sdt esen pisang
  • 2 sdb susu pekat
  • 1sdu teh garam
  • 1 sdt perahan limau nipis
  • 2 sdb serbuk koko (Optional)

CARA PENYEDIAAN KEK PISANG GEBU :

▶️ Kisar semua bahan kecuali pisang sehingga sebati (nak kisar sekali pun boleh)

▶️ Satukan bahan A dan bahan B, gaul hingga sebati.

▶️ Masukkan pula 3/4 adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak.

▶️ Kukus selama 20 minit, sukatan ni dapat menghasilkan 40 biji apam pisang.

▶️ Kalau guna acuan besar kukus dalam sejam macam tu.

 

BACA JUGA : Resepi Laksa Ikan Sardin Viral Ala-Ala Asam Laksa. Fuhhh Sedap Sangat. Patutlah Ramai Yang Suka!

 

Siap untuk dihidang! Mudah, cepat dan sedap. Korang nak hidang kek ni untuk raya haji pun boleh tau! Kek ni kena buat guna kek pisang emas sebab lembut dan manis rasanya. Kalau guna pisang lain, mungkin sedikit berbeza rasa dan teksturnya.

Untuk pengetahuan, Cik Puan Qasih Jue Aisya ni memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Semua nampak sedap-sedap belaka. Next time kita boleh try buat bakso pula. Resepi bakso yang beliau share tu viral 3k tau. Ramai yang share resepi tu.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kek pisang kukus yang gebu dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open