Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Serunding Ikan Guna Ikan Kembung. Tak Sangka Sekali Buat Terus Menjadi!
Kalau sebut serunding, dah boleh bayangkan makan dengan lemang, ketupat. Pokoknya makanan raya je lah. Dan biasanya serunding yang selalu kita makan, ialah serunding ayam dan serunding daging. Jarang juga yang kongsikan buat serunding ikan kan.
Serunding ni antara makanan pantai timur tau. Sebab kalau perasan, nak beli serunding ni memang banyak dekat Kawasan sana. Jarang nak jumpa serunding yang dijual untuk pelancong di negeri lain.
Jika di Terengganu, boleh tengok banyaknya serunding di Pasar Payang. Dan di Pasar Besar Siti Khadijah jika di Negeri Kelantan. Cara yang dijual oleh mereka ini, bukan hanya dalam packaging tersedia, bahkan timbang pun boleh.
Resepi kali ni, saya nak share cara nak buat serunding ikan menggunakan ikan kembung. Resepi yang dikongsikan ni adalah resepi daripada pemilik facebook Cik Pipah. Nampak macam mudah dan senang nak buat.
Walau bagaimana pun, nak buat serunding ni, kita sedia maklum tidaklah sesenang sediakan masakan. Terutama kalau buat serunding daging atau serunding ayam.
RESEPI SERUNDING IKAN KEMBUNG
Kepada yang baru nak cuba belajar buat serunding ikan, boleh cuba resepi ni. Pertama kali buat pun confirm menjadi!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 Kg ikan kembung
- 2 keping asam keping
- 1 biji kelapa (perah ambil santan)
BAHAN KISAR :
- 12 biji bawang merah
- 7-8 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland
- 2 inci hala
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 4 batang serai
- Cili kering ( anggaran RM1)
CARA PENYEDIAAN SERUNDING IKAN KEMBUNG
▶ Pertama sekali, bersihkan ikan dan rebus dengan asam kepung dan juga garam.
▶ Kemudian, toskan dan buang tulangnya.
▶ Kisar semua bahan kisar sehingga hancur dan lumat.
▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik bau.
▶ Ikan yang sudah dibuang tulang tadi, masukkan santan, gula, garam dan juga asam keping.
▶ Masukkan dalam kuali sekali dan masak sampai kering.
▶ Nak masak bagi kering tu memang makan masa. Paling kurang selama 2 jam tau!
▶ Gunakan api yang perlahan.
▶ Siap dan sedia untuk dimakan.
Bagi yang suka makan serunding ni, memang paling malas part nak tunggu 2 jam untuk keringkan dia. Memang lenguh kalau berdiri je sambil mengacau kuali tu. Jadi sebaiknya nak buat serunding ni, angkat dapur ke bawah supaya lebih selesa.
BACA JUGA: Buat Air Koktail Bersoda Macam Ni. Sekejap Je Boleh Habis Licin!
Boleh gunakan ikan lain ke? Boleh! Tak ada masalah. Boleh gunakan apa jua ikan yang kita suka. Yang penting rasanya menjadi marvelous!
Simpan dulu resepi serunding ikan kembung ni untuk kegunaan akan datang. Tak dapat buat sekarang, boleh buat nanti bila berkesempatan.
Nak makan dengan nasi putih waktu sahur pun boleh bertambah tau sis! Nak lagi sedap, hidangkan dengan telur mata, renjis kicap dan hiris cili padi. Fuuh! Layanz.