Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Penyaram Atau Cucur Topi Yang Cantik, Ringan, Rangup Di Bahagian Tepi Dan Lembut Di Dalam.
Korang pernah makan kuih penyaram tak? Kuih penyaram ni merupakan kuih tradisional orang Sabah dan Brunie. Kuih ni juga di kenali sebagai kuih pinjaram atau nama lainnya iaitu cucur topi. Kuih ni juga biasanya akan di hidangkan bila ada majlis kenduri kendara seperti kenduri arwah, aqiqah dan majlis kahwin.
Antara suku kaum di Sabah yang biasanya membuat kuih ni adalah suku kaum bajau dan suluk. Kuih ni memang cantik ye. Teksturnya pula ringan, rangup di bahagian tepi dan lembut di bahagian dalam. Memang sedap sangat! Lagi sedap bila di makan panas-panas.
Kuih ni antara kuih yang tahan lama. Walaupun sudah berhari-hari di simpan. Kuih masih boleh di makan dalam keadaan panas. Apa yang menariknya, kuih ni tidak di panaskan dengan cara mengoreng semula. Tapi di panaskan di dalam periuk nasi yang baru sahaja masak. Hasilnya sama seperti baru di goreng.
Mudah je! Bila nasi dah masak, korang boleh terus masukkan kuih penyaram ni di atasnya. Biarkan dalam periuk sehingga teksturnya menjadi lembut. Tak perlu lagi digoreng dałam kuali. Kuih yang kita goreng semula, biasanya menakung minyak. So, ni antara tips atau cara panaskan kuih penyaram yang korang kena tahu.
Mesti ada yang nak cuba kat rumah kan? Apa kata korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Leeina Qaliena ni. Lebih mudah di faham, sebab beliau sertakan video cara menggoreng kuih penyaram ni dengan betul. Hasil perkongsian beliau, resepi ni viral 47k share di Facebook. Ramai giler yang suka!
RESEPI PENYARAM ATAU CUCUR TOPI
Kuih ni antara kuih yang paling sedap di Sabah. Bentuknya boleh dibuat besar dan boleh juga di buat kecil. Di perbuat daripada adunan tepung beras, tepung gandum dan gula merah. Biasanya di campur daun pandan untuk menaikkan lagi aroma kuih penyaram tu nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand)
- 2 cawan tepung gandum cap ros
- 1 cawan gula merah hancur
- 1 cawan gula putih (boleh kurangkan kpd 3/4 cwn sahaja)
- 2 1/4 – 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian)
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu teh garam
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN PENYARAM ATAU CUCUR TOPI :
▶️ Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika sehingga suam.
▶️ Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air gula merah tadi sedikit demi sedikit dan adun sebati.
▶️ Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit demi sedikit lagi sehingga dapat adunan yang cantik. Tak terlalu cair dan tak terlalu kental.
▶️ Tapis adunan kedalam bekas supaya adunan halus sekata. Tipsnya wisk adunan sehingga timbul buble-buble. Nak guna senduk pun boleh. Kemudian, diperap.
▶️ Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng. Boleh juga diperap didalam peti ais.
▶️ Guna kuali yang sedikit dalam. Tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja.
▶️ Tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Serunding Halia Homemade Yang Garing Dan Sedap. Letak Bawang Lagi Umph!
Siap untuk di hidang! Kalau nak tahu adunan korang tu menjadi atau tak, korang cuba goreng satu dulu. Kalau keluar serat-serat kat tepi kuih, bermakna adunan kuih memang cantik dan menjadi. Hasil kuih pun akan jadi renda atau ropol topi yang cantik, ringan, rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Unik kan kuih ni! Rasanya memang sedap sangat. Setiap kali saya pulang ke Sabah, mesti kuih ni antara kuih yang saya akan cari. Tak cukup makan 1 tau! Confirm ada tambahan ke dua, ke tiga dan ke empat. Tengok kat gambar pun dah tahu, resepi ni antara the best resepi yang korang boleh cuba!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Leeina Qaliena kerana sudi berkongsi resepi kuih penyaram atau cucur topi ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Kalau ada kelapangan, bolehlah cuba buat nanti. Selamat mencuba!