Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa Yang Paling Sedap. Yang Suka Pedas, Korang Boleh Try Resepi Ni. Memang Pedas Padu!
Ikan siakap 3 rasa korang dah biasa makan kan? Ikan kerapu masak 3 rasa korang dah pernah try tak? Fuh! Sedap tau. Tak kurang sedap masak 3 rasa ikan siakap tu. Nak masaknya pun mudah. Janji korang on mood nak potong dadu semua bahan untuk kuah.
Kalau pegi mana-mana kedai makan especially masakan Thai, mesti akan ada yang order masak 3 rasa ni. Hidangan ni memang dah jadi pilihan ramai bila satu family makan kat luar. Lauk ni juga sesuai di makan dengan nasi putih panas tau! Add on telur dadar je dah padu rasanya.
Nak makan dengan ulam-ulam pun sedap! Seperti yang kita tahu, ikan kerapu ni ada banyak jenis. Ada kerapu bara (merah), kerapu biasa, kerapu harimau dan kerapu tikus. Antara yang paling sedap di masak 3 rasa adalah kerapu biasa yang selalu di jual kat pasar tu.
Ikan kerapu ni bila di goreng gering je luarnya. Isinya pun lembut. Memang sesuai di masak 3 rasa. Nak mudah korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Encik Muhamad Ismail Mohd Ali ni. Hasil 3 rasa yang di masak ni memang pedas ye. Pedas yang tobat memang sedap!
Korang yang suka makan pedas-pedas, boleh cuba resepi ni. Jarang tau jumpa resepi 3 rasa yang pedas. Resepi ni confirm buat korang terangkat. Macam mana nak dapat rasa pedas sedap tu. Ha, korang janga lupa letak pes tomyam dan pes stim limau yang ada kat gambar di bawah ni.
RESEPI IKAN KERAPU MASAK 3 RASA
Tak nak buang masa lagi, mesti korang tak sabar nak buat lauk ikan kerapu masak 3 rasa ni kan. Ambil ikan kerapu yang fresh tau, baru puas hati nak makan nanti. Jom lihat bahan-bahan memasak kat bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Seekor ikan kerapu
- 10 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 3 biji bawang besar (dicincang halus)
- 4 tangkai cili merah (dicincang halus)
- 4 btng cili padi merah (dipotong kecil)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 2 batang serai (dipotong halus)
- 4 tangkai cili kering (dipotong kasar)
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar pes tomyam (rujuk gambar)
- 4 sudu pes stim limau (rujuk gambar)
- Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
- Daun limau purut 3 helai buang urat tengah
- 1 sudu besar tepung jagung
- serbuk kunyit, garam, gula
- Sedikit Air
- Minyak
CARA PENYEDIAAN IKAN KERAPU MASAK 3 RASA :
▶️ Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
▶️ Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat letak atas pinggan.
▶️ Panaskan minyak di dalam kuali.
▶️ Masukkan semua bahan yang dipotong tadi. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam dan 2 jenis pes tadi.
▶️ Tambah air sikit je nak bagi berkuah.
▶️ Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
BACA JUGA : Resepi Jemput-Jemput Sosej Yang Simple Dan Sedap. Tak Caye Buatlah. Confirm Anak-Anak Suka!
Siap untuk dihidang! Fuh, mantop. Makan kat kedai memang tak puas. Lagi syok buat sendiri kat rumah. Nak buat banyak mana pun tak kisah. Lauk ni sesuai korang masak untuk makan malam dan tengahri. Jangan lupa telur dadar, barulah lengkap macam makan kat kedai.
Tak pedas memang tak sedap! Sekali tengok je gambar ikan masak 3 rasa ni dah kecur liur nak makan. Selalu kat luar makan ikan siakap je pun dah puluh-puluh ringgit habis. Baru makan bedua macam tu. Kalau makan reramai, kopak jugak! Tapi takde ikan 3 rasa, tak syok pula nak makan reramai kan.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Muhamad Ismail Mohd Ali kerana sudi berkongsi resepi ikan kerapu masak 3 rasa homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!