Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mee Tepung Chinese Style Yang Halal Dan Sedap. Mee Pun Buat Dan Uli Sediri Je!

0 591

Resepi mee tepung chinese style merupakan hidangan yang paling mudah dibuat. Sesuai buat mereka yang tidak sihat, orang tua dan juga kanak-kanak. Mee tepung ini juga dikatakan berkhasiat, lembut, sedap dan cukup mengenyangkan.

Sesetengah orang mungkin menggenali resepi ini dengan nama pan mee. Yang mana meenya juga akan dibuat dan diuli sendiri menggunakan tepung gandum. Tepung gandum perlu diuli bersama bahan-bahan lain sehingga menjadi doh yang lembut.

Apabila doh menjadi lembut, doh akan dicanai dan dipotong ikut saiz yang disukai. Untuk lebih mudah, anda cuma perlu mencarik-carikkan sahaja doh yang lembut tadi dan dimasak sekali bersama kuah sup.

Mee tepung juga boleh dihidang dengan apa saja jenis sayur kesukaan anda. Dimakan bersama cili potong kicap untuk menaikkan rasa pedas dalam hidangan. Confirm tak cukup semangkuk dibuatnya.

Resepi ini juga telah dikongsikan oleh Cik Puan Noniey Niey. Yang mana ianya sesuai dijadikan menu sarapan pagi dan hidangan makan malam. Mee tepung juga merupakan hidangan yang ringan serta menyihatkan untuk anda cuba dirumah.

 

RESEPI MEE TEPUNG CHINESE STYLE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Pasti anda dah tak sabar mencubanya dirumah. Boleh juga dihidangkan buat anak-anak kita yang kurang selera makan. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kuah sup :
  • Sedikit Ikan bilis/ 2 Kiub ikan bilis
  • Separuh Bwg Holland
  • Bwg putih (ikut citarasa)
  • Isi ayam

 

Bahan untuk mee :
  • 1 1/2 cwn Tepung gandum
  • 1biji Telur
  • Garam
  • Air

 

Bahan-bahan hiasan :
  • Tofu ikan
  • Fishball
  • Daun cekuk manis/ apa saja jenis sayur yang anda suka
  • Bwg goreng
  • Cili potong + kicap
  • Ikan bilis goreng

CARA PENYEDIAAN MEE TEPUNG CHINESE STYLE :

▶️ Rebus semua bahan kuah sup sehingga mendidih.

▶️ Kemudian, sediakan mee. Satukan semua bahan untuk mee dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.

▶️ Biarkan seketika dan carik-carikkan ikut saiz yang anda suka. Boleh dicanai dan dipotong-potong untuk mendapatkan tekstur yang cantik.

▶️ Seterusnya, masukkan doh tepung yang telah dicarik-carik tadi ke dalam kuah sup. Rebus sehingga masak.

▶️ Masukkan semua bahan hiasan satu persatu dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Mango Cheese Cake Budget Yang Paling Sedap. Ala-Ala Japanese Cotton Cheese Cake Hasilnya!

 

Bolehlah dihidang panas-panas! Mee ini sepenuhnya dibuat sendiri tanpa bahan pengawet dan juga tanpa penggunaan kapur. Tak juga memerlukan pasta maker untuk menghasilkan mee.

Bagi mereka yang duduk di asrama, apa kata anda mencuba resepi ini dengan menggunakan rice cooker. Selain daripada maggi, dapat jugalah anda merasa resepi lain yang sedap, sihat dan mengenyangkan.

Untuk mereka yang tak pernah tahu tentang kewujudan resepi ini, apa kata anda follow resepinya disini. Pasti anda jatuh hati dengannya. Semoga resepi mee tepung chinese style ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open