Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ketupat Sotong Versi Ganu Yang Manis Berlemak Dan Sedap. Tak Perlu Tanak Beras Pulut!

0 769

Resepi ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat merupakan lauk yang popular di Pantai Timur Malaysia iaitu Terengganu dan Kelantan. Pelbagai cara untuk memasaknya. Teksturnya yang manis berlemak sangat disukai ramai.

Ketupat sotong ini menggunakan beras pulut untuk dijadikan ketupat. Kemudiannya, disumbat dalam sotong dan dimasak dengan santan. Sesetengah orang akan tanak beras pulut dahulu sebelum menyumbatnya didalam perut sotong.

Untuk versi kali ini, beras pulut tidak perlu ditanak lagi. Beras pulut cuma perlu dibasuh terlebih dahulu dan dituangkan santan didalamnya. Dibiarkan seketika dan dimasukkan kedalam perut sotong dalam sukatan 1/4.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan beras pulut berterabur keluar semasa dimasak nanti. Pulut yang tidak ditanak akan mengembang dalam perut sotong. Dengan itu, tidak perlu diisi beras pulut yang penuh didalamnya.

Resepi ketupat sotong versi terengganu ini telah dikongsikan oleh Encik Wan LuQman melalui laman facebooknya. Kaluau pergi ke Terengganu, mesti ada antara kita yang menjadikan ketupat sotong ini menu wajib untuk dicuba disana.

 

RESEPI KETUPAT SOTONG VERSI GANU

Walaupun tak ke Terengganu, anda boleh menyediakannya secara homemade. Sangat mudah untuk hasilkannya. Ketupat sotong yang putih, bermasuk dibersihkan dengan cara menyiang bahagian luar sehingga bersih sebelum dimasak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Sotong
  • Beras Pulut
  • Halba
  • Bawang Merah
  • Halia
  • 5kg Santan
  • Garam sekucup rasa
  • Gula sekucup rasa

CARA PENYEDIAAN KETUPAT SOTONG VERSI GANU :

▶️ Hiris halus bawang merah dan juga halia.

▶️ Basuh bersih beras pulut dan gaul dengan sedikit santan.

▶️ Kemudian, masukkan ke dalam perut sotong. Sumbat sikit je sebab nanti pulut mengembang.

▶️ Masukkan 1/4 beras pulut dalam sotong. Lepas masukkan, cucuk kepala dan badan sotong menggunakan lidi.

▶️ Panaskan santan. Masukkan sotong, dan letak semua halba, bawang merah dan halia yang dihiris tadi.

▶️ Bila dah mengelegak sikit, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Orang kelantan akan menggunakan gula merah, kuah pun akan jadi merah sikit.

▶️ Kacau seketika untuk garam dan gula larut. Dah boleh rasa cukup tak masin dan manisnya.

▶️ Cucuk perut sotong menggunakan lidi untuk mengetahui sama ada pulut sudah masak ataupun belum.

▶️ Kalau keras, maksudnya belum masak lagi. Biarkan lagi seketika sehingga lembut dan masak dengan sempurna.

▶️ Masak lebih kurang 15-20 minit je. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Choconde Aka Onde Onde Hipster Mudah Dan Sedap. Dibuat Untuk Mengisi Masa Bersama Keluarga!

 

Siap untuk dihidang! Makan je ratah macam tu sebab dah ada beras pulut didalamnya untuk menggantikan nasi. Kerja sekali gus dan tak perlu tanak beras pulut sebelum menyumbatnya kedalam perut sotong.

Anda boleh ikuti tips memasak sotong sumbat ini. Terutamanya untuk mengetahui pulut yang dah masak dan belum. Semakin lama dimasak sotong tu, semakin liat jadinya. Jadi pastikan dah masak elok terus tutup api. Jangan biarkan lama.

Bila dah siap, ketupat ni boleh juga dimakan dengan sambal cili. Tapi, nak makan macam tu pun ok je. Semoga resepi ketupat sotong versi ganu ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open