Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Bawal Masak 3 Rasa Yang Mudah Dan Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 92

Menu hari ni kita masak ikan bawal 3 rasa. Nak makan kat kedai dah tentu-tentu mahal kan. Baik masak sendiri kat rumah. Korang follow je resepi ikan bawal masak 3 rasa ni kat sini. Confirm tak cari resepi lain dah. 

Mesti korang dah biasa sangat makan ikan siakap masak 3 rasa kan. Kali ni kita ubah citarasa pulak. Guna ikan bawal pun sedap tau. Masak garing ikan tu, lepas tu curah sos 3 rasa di atasnya. Nikmat weh!

Nak masak 3 rasa ni korang kena guna nenas fresh, baru la naik aroma masakan tu. Tak susah mana pun nak buatnya. Lagi sedap kalau korang goreng ikan tu guna tepung bagi rangup. Memang sedap weh. 

Resepi ikan bawal masak 3 rasa ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan SuiSan Aliezsha. Tengok kat gambar je dah nampak sedap. Kalau makan kat luar, belum tentu dapat lauk 3 rasa yang sedap. Nak kena bayar mahal lagi.

Makan ikan bawal 3 rasa ni dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya. Tak masak sayur dah, lauk ikan bawal ni dan telur dadar pun dah cukup. Masak 3 rasa ni boleh je guna apa-apa ikan pun. 

RESEPI IKAN BAWAL MASAK 3 RASA 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan bawal masak 3 rasa ni. Step memasaknya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ikan bawal (dicuci dan gaul garam, goreng sampai garing. Dah masak ketepikan dalam bekas hidangan)
Bahan untuk kuah : 
  • 1 cili kering dblend (sikit je dalam 2 sudu besar macam tu)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos Ikan
  • Jus limau
  • Bawang putih (diketuk)
  • Bawang besar@holand (dipotong dadu)
  • Nenas & tomato (dipotong-potong)
  • Cili api (dipotong-potong)
  • Serai (dihiris)
  • Daun ketumbar (hiasan)

CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL MASAK 3 RASA :

▶️ Panaskan minyak, pastikan minyak tak terlalu banyak nanti tak jadi 3 rasa korang serupa sambal la minyak melanus.

▶️ Masukkan bawang putih, cili kering & segala sos diatas.

▶️ Masukkan sedikit air, kemudian masukkan jus limau

▶️ Pastikan gula garam terasa dan tambahkan sedikit serbuk perasa.

▶️ Last masukkan bawang besar, nenas, cili api & serai.

▶️ Kacau dalam beberapa minit tutup api.

▶️ Kemudian, masukkan kuah kedalam ikan yang disediakan.

▶️ Hias dengan daun ketumbar. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Salted Peach Doughnuts Viral. Bentuk Dia Sebijik Macam Buah Donut Peach!

 

Mudah je kan nak masak lauk 3 rasa ni. Bawal sekilo lebih kurang RM15 je. Bahan-bahan lain mesti dah ada kat rumah kecuali nenas. So, tersangatlah jimat kalau masak sendiri kat rumah. Boleh makan lebih dari seekor ikan bawal tu. 

Kuah sos ikan masak 3 rasa ni confirm licin masa makan nanti. Rasa manis, masam, pedas semua lengkap. Sebab tu di panggil 3 rasa. Kena rajin potong bahan-bahan je nanti. Especially nenas dan tomato. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi ikan bawal masak 3 rasa ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open