Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia Buat Sotong Goreng Rangup Pakai Tepung Gandum. Sotong Melekat Elok Jer!
Stress betul bila nak buat sotong goreng rangup macam dekat kedai tu. Bila balik buat sendiri susah nak menjadi. Sotong ke mana, tepungnya pun ke mana. Macam-macam resepi juga dah cuba, belum ada yang berjaya.
Jadi, bila rasa nak makan sotong goreng rangup terpaksalah makan di kedai. Tak kan nak tanya pula kan guna tepung apa. Bancuhan macam mana. Silap-silap kena halau keluar kedai. Hehe.
Kalau makan dekat kedai, dah jadi wajib ambik sotong goreng rangup, udang celup tepung sebagai makanan tambahan. Bila makan gigit je kriuk kriuk bunyi dalam mulut. Rangup betul la.
Tapi perkongsian daripada Tuan Luqman ni, dia kongsikan cara-cara nak hasilkan sotong goreng yang confirm rangup. Ada beberapa tip yang beliau kongsikan untuk kita. Wajib follow kalau nak hasil yang sedap.
Punyalah baik Tuan Luqman ni nak kongsikan dengan kita, dia ajar kita buat guna seekor je sotong tau. Kita yang ada banyak tu, buat sampai habis lah atau ikut nak makan banyak mana.
RESEPI SOTONG GORENG RANGUP
Bagusnya resepi Tuan Luqman ni, tak payah guna tepung yang bagai-bagai. Tepung yang digunakan hanya tepung gandum sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN CELUP :
- Sotong
- 2 sudu besar tepung gandum
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili
- Garam
BAHAN LAIN :
- 5 sudu besar tepung
- 1 sudu besar baking powder
CARA PENYEDIAAN SOTONG GORENG RANGUP :
▶ Mula-mula sekali, basuh sotong bersih-bersih. Buang kulitnya dari kepala sampailah hujung.
▶ Seterusnya, potong bentuk cincin. Dan bersihkan lendir-lendir yang terdapat pada badan dan dalam sotong
▶ Sediakan bahan untuk kita celupkan sotong kita. Gaulkan sekata tepung, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam. Masukkan sotong dan air sedikit demi sedikit.
▶ Sehingga bancuhan tersebut tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair.
▶ Panaskan minyak masak. Sebaiknya kita menggunakan minyak yang banyak supaya boleh goreng menggunakan kaedah deep fry.
▶ Seterusnya, satukan bahan untuk salut sotong. Tepung gandum bersama baking powder. Gaulkan sebati.
▶ Ambil sotong dari bahan celup tadi menggunakan sudu atau garfu tau. letakkan ke dalam bahan tepung kering. Baru gaulkan menggunakan tangan.
▶ Minyak dah panas, masukkan sotong ke dalam kuali. Biarkan masak seketika.
▶ Baru balikkan dan siram dengan minyak.
▶ Bila dah masak, boleh angkat dan toskan.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
TIP HASILKAN SOTONG GORENG RANGUP :
▶ Wajib buang lendir sotong untuk elakkan bila digoreng dia meletup-letup
▶ Untuk transfer bahan yang kita celup ke adunan tepung kering, gunakan sudu atau garfu.
▶ Bila dah masukkan dalam kuali, jangan terus kacau sotong tersebut. Biarkan dia masak dan mengeras sekejap baru kacau dengan sudip.
BACA JUGA: Cara Buat Pulut Bangkok Dari Kelantan. Macam Makan Sira Pisang!
Waah! Selama ni ramai yang kongsikan pakai pelbagai jenis tepung nak bagi rangup. Tepung jagung lah, tepung beras lah, tepung bestari lah. Pernah buat semuanya tidak menjadi.
Tapi bila buat dengan tepung gandum ni, elok je jadi rangup dengan tepng-tepungnya tu. Paling best, sotong dan tepung melekat elok je. Tiada yang ‘boleng’
Senang kan nak buat sotong goreng rangup ni. Resepi dah ada, nanti ada sotong boleh cuba follow resepi ni pulak. InsyaAllah first time buat pun confirm menjadi!