Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Chinese ABC Soup Yang Ringkas Tapi Sedap. Berkhasiat Dan Sesuai Untuk Orang Nak Diet!
Nah, ni dia resepi Chinese ABC soup untuk korang yang tengah on diet. Sup ni memang berkhasiat. Cara penyediaannya pun tersangatlah mudah. Sesuai jugak dijadikan hidangan musim-musim hujan macam ni. Boleh legakan dan panaskan badan.
Tak tahu la kenapa panggil sup ni ABC. Mungkin sebab ada macam-macam lauk dalam sup ni kot. Bukan takat ayam je. Jagung, ayam, tomato dan lobak. Semua antara makanan yang berkhasiat. Boleh hidang menu ni waktu malam. Tak perlu nasi.
Actually, sup ni korang nak makan dengan nasi pun boleh. Tapi lebih better ratah macam tu je. Perut memang kenyang punya la. Hujung tahun macam ni asyik hujan je. So, ni dia resepi yang sesuai di makan waktu hujan. Rasa lega bila makan sup ni.
Resepi Chinese ABC soup ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Baru je lalu pagi tadi kat Facebook. Dah ramai giler yang share. Mesti masing-masing nak save resepi ni sebab azam tahun ni nak diet kan.
Tiap-tiap tahun plan nak diet. Tapi tak pernah menjadi. Silap haribulan, makan sup ni dengan nasi pulak. Kelaut azam nak diet tahun ni. Sup ni nak hidang dekat orang berpantang atau orang sakit pun sesuai. Boleh la korang cuba nanti. Sedap tau!
RESEPI CHINESE ABC SOUP
Siapa kata makanan orang diet tak sedap? Ada macam-macam lagi resepi khas untuk orang diet yang sedap-sedap tau. Termasuk resepi Chinese ABC soup ni. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Bawang holland
- Tomato
- Jagung
- Lobak merah
- Lobak putih
- Daun bawang
- Halia
- Ayam
- Garam
- Serbuk lada putih
- Minyak bijan
CARA PENYEDIAAN CHINESE ABC SOUP :
▶️ Potong dahulu semua bahan sebelum dimasak.
▶️ Mula-mula rebuskan ayam bersama halia sehingga mendidih.
▶️ Kemudian, buangkan halia dan masukkan kesemua bahan.
▶️ Renehkan sup sehingga masak. Boleh perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
▶️ Akhir sekali titiskan sebeberapa minyak bijan dan taburkan hirisan bawang putih.
BACA JUGA : Resepi Congobar Yang Sangat Lembut Dan Mencair Coklatnya. Serious Sedap Giler Weh!
Wah! Nampak sihat sangat menu kita malam ni. Hirup kuah sup ni panas-panas memang sedap tau. Nak lagi syok makan, masukkan isi ayam je. Anak-anak nak makan pun senang. Sup ni sedikit masam dan pedas sebab ada penggunaan tomato & serbuk lada putih didalamnya.
Campak-campak dah siap! Korang memang kena cuba resepi ni kat rumah. Sedap makam time cuaca sejuk-sejuk macam ni. Biasa hujung tahun macam ni memang hujan je memanjang. Dah banyak jugak tempat yang banjir. Tapi masih terkawal lagi.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi Chinese ABC soup yang simple tapi sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian resepi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!