Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Asam Pedas Ikan Mayong Yang Super Sedap. Pekat Dan Merah Menawan Kuahnya!
Resepi asam pedas ikan mayong sangat ramai penggemarnya. Pelbagai resepi asam pedas yang kita ada, masing-masing mempunyai keenakannya dan penggemarnya yang tersendiri.
Ikan mayong atau juga dikenali sebagai ikan duri mempunyai isi yang sedap bila digoreng. Bahagian yang biasanya dimasak dengan asam pedas adalah bahagian kepala dan ekornya.
Resepi asam pedas ikan mayong ini lebih sedap bila menggunakan ikan mayong yang fresh kerana isinya cukup manis. Kebiasaannya, asam pedas akan dihidangkan dengan ikan masin bulu ayam, sambal belacan dan ulam ulaman. Sedap sangat!
Resepi asam pedas ikan mayong ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook yang diberi nama Jiwa Lara (Mala Marissa). Step by step resepinya telah dikongsikan beliau untuk semua penggemar asam pedas.
Asam pedas yang sedap bila mempunyai kuah yang pekat dan merah likat. Lebih sedap bila dihidangkan juga dengan tomato dan juga sayur bendi. Boleh juga dicampurkan sayur terung jika anda suka.
RESEPI AYAM PEDAS IKAN MAYONG
Sebelum memasukkan ikan mayong dalam kuah asam pedas. Ikan mayong yang sudah dibersihkan akan dikunyitkan dan diperasakan dengan garam dan ajinomoto untuk menghilangkan bau hanyirnya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan mayong (dikunyitkan dengan garam dan ajinomoto)
- Seinci halia (ditumbuk)
- Garamdan ajinomoto
- Gula
- Daun kesum
- Bunga kantan (optional)
- Air asam jawa/ 1/2 sudu extract asam jawa adabi
- Air (untuk kuah)
- Tomato
- Bendi
Bahan kisar :
- 3 genggam lada kering (gunting serong dan rebus sekejap)
- Bawang besar separuh
- 7 biji bawang putih
- 1/2 inci kunyit
- Belacan (agak-agak je)
*Letak sedikit air dan blend semuanya.
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN MAYONG :
▶️ Panaskan kuali. Bila minyak dah betul-betul panas, masukkan seinci halia yang ditumbuk kasar. Goreng hingga kekuningan.
▶️ Bila halia dah naik bau dan kekuningan, masukkan bahan yang dikisar halus. Gaul rata. Tumis sampai pecah minyak.
▶️ Tutup kuali dengan penutup periuk untuk elakkan tumisan memercik. Gunakan api sederhana.
▶️ Nah ini tumisan dah pecah minyak. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukupnya. Gaul rata dan tumisan akan bertukar gelap.
▶️ Masukkan daun kesum. Lagi banyak lagi sedap! Nak masukkan bunga kantan pun boleh. Teruskan gaul masakan. Aroma daun kesum memang power.
▶️ Masukkan semangkuk air. Agak-agak je, jangan sampai terlebih air. Kalau cair sangat tak sedap hasilnya. Kuahnya kena pekat barulah mengancam gitu!
▶️ Gaul bagi mesra semua bahan. Bila kuah dah mendidih, masukkan air asam jawa atau 1/2 sudu extract asam jawa adabi. Gaul mesra.
▶️ Masukkan ikan mayong yang dah dikunyitkan tadi ke dalam kuah asam pedas.
▶️ Bila ikan dah masak, kuah pun dah sedap iaitu cukup semua rasanya, masukkan sayur yang g anda suka. Masukkan tomato dengan bendi dan terus tutup api. Siap!
BACA JUGA: Anak-Anak Dan Suami Bagi 5 Bintang Untuk Resepi Donat Bambam Ini. Simple Tapi Hasilnya Sangat Ohsemm!
Siap untuk dihidang dengan nasi putih panas-panas! Tomato dimasukkan akhir sekali supaya tidak lembik. Bahagian isi ikan mayong tadi boleh digoreng dengan serbuk kunyi dan dimakan dengan kuah asam pedas nanti.
Hidangan ini boleh dijadikan lauk makan tengahari atau makan malam anda bersama keluarga. Resepi asam pedas ini cukup terkenal lebih-lebih lagi di Melaka. Sesiapa saja yang ke Melaka pasti akan mencubanya.
Dengan adanya perkongsian resepi asam pedas ikan mayong ini. Anda boleh mencubanya secara homemade. Lebih puas hati dan lebih jimat. Nak dapatkan yang power adalah dari air tangan sendiri. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!