Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Congobar Yang Sangat Lembut Dan Mencair Coklatnya. Serious Sedap Giler Weh!
First time cuba resepi congobar ni. Pernah jumpa resepi congobar sebelum ni. Tapi bila terjumpa kali ni, terus plan nak buat sendiri kat rumah. Hasil dia memang sedap. Lembut mencair coklatnya. Untuk korang yang baru nak try, wajib follow resepi ni sebijik-sebijik.
Rasa congobar ni agak manis bagi aku. Tapi untuk korang yang kurang suka yang manis, boleh adjust coklat dan gula bagi kurang sikit. Tapi seriously cangobar versi ni memang sedap. Nampak padat kan congobar ni, ala-ala brownies macam tu.
Congobar ni merupakan pencuci mulut yang sangat popular di negara Eropah dan diperbuat daripada Beryls dark choc coin. Teksturnya agak chruncy di luar dan lembut di dalam. Memang sedap sangat! Sure korang fall in love bila dah cuba sekali congobar ni.
Biasanya congo bars Beryls ni kita akan jumpa kat cafe-cafe hipster. Boleh tahan mahal juga harganya. Kalau teringin nak makan dengan family, korang boleh cuba buat sendiri di rumah. Jimat duit poket. Boleh makan banyak mana korang nak. Lagi puas hati!
Resepi congobar yang paling sedap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ain Afiqah Rafar. Sesuai dijadikan hidangan minum petang atau hidangan di majlis-majlis rumah terbuka ataupun potluck di office.
RESEPI CONGOBAR
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan congobar ni. Make sure korang guna pure butter kalau nak dapat congobar yang sedap. Tengok step penyediaannya dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 150gm butter * (nak sedap pakai pure butter)
- 250gm brown sugar
- 3biji telur gred A
- 500gm chocolate coin beyrl
- 315gm plain flour
- 3tsp baking powder
- Sedikit esen vanilla
- Badam cincang * (optional)
- Choc calbout @ hersey * (optional jugak kalau nak tabur on top)
CARA PENYEDIAAN CONGOBAR :
▶️ Pukul butter denganbrown sugar sampai sebati. Jangan lupa titiskan esen vanilla.
▶️ Dah sebati masukkan telur 3 biji satu persatu dan sebatikan dengan butter tadi.
▶️ Untuk bahan kering, sediakan plain flour dicampurkan dengan baking powder. Gaulkan tepung tadi dengan choc coin sehingga tak nampak ketulan-ketulan besar choc tadi. Kiranya choc tadi diselaputi dengan tepung. Ramas manja je.
▶️ Then, masukkan adunan yang dipukul tadi dalam adunan choc yang ditepungkan tadi. Jangan lupa kalau nak add on badam boleh dah masukkan time ni.
▶️ Gaul sampai sebati. Memang tekstur dia liat sikit macam brownies. Dont worry takde effect apa pun.
▶️ Gaul sebati dan tuang dalam loyang size 12” dan seratakan. Jangan lupa hiasakan dengan choc hersey atau calbout.
▶️ Bakar suhu 165-170C selama 15-20 minit bergantung dengan oven masing-masing.
▶️ Siap! Psssttt makan panas-panas sedap. Dengan choc melting lagi.
BACA JUGA : Resepi Ayam Menangis Meraung Yang Paling Sedap. Cicah Pulak Dengan Sos Padu, Lagi Sedap!
Wah! Dah siap pun congobar kita ni. Senang je kan. Kalau ikut sukatan yang betul dan tak derhaka resepi. Confirm menjadi! Dah siap nanti, korang keluarkan dari loyang. Lepas tu potong ikut saiz yang korang suka. Makan panas-panas pun sedap.
Jangan terus terbalikkan masa tengah panas tau. Lekat coklat korang nanti. Tekstur congobar ni kat luar agak crunchy dan dalamnya pula lembut. Nak letak kacang badam kat atas pun boleh ye. Yang penting Beryls dark choc coin kena ada. Barulah menjadi!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ain Afiqah Rafar kerana sudi berkongsi resepi congobar yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!