Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Roti Sosej Lembut Dan Sos Inti Padat. Resepi Buat Sos Homemade Menjilat Jari!
Pernah tak makan roti sosej panjang macam ni? Selalu kan waktu zaman sekolah menengah. Belah roti dekat tengah, letakkan sosej kemudian picit mayonis dengan sos cili. Keluar je pintu pagar sekolah, pasti akan ada moto atau lori jual roti sosej macam ni.
Tapi kali ni, kita nak buat roti sosej lain sikit daripada biasa yang kita makan tu. Agak mewah dan sudah tentulah lebih sedap dan marvellous. Roti Sosej Ala Oriental ni sesuai sangat nak buat untuk minum petang bersama keluarga.
Perkongsian resepi daripada Cik Puan Zurina Zulkefli ni mudah kita nak follow cara pembuatannya. Lengkap dengan step by step lah pada setiap gambar di bawah.
Jika ada yang tak suka bahan sayuran yang digunakan boleh gantikan denga napa yang korang suka tau seperti kobis, salad dan sebagainya.
Apa yang dikongsikan oleh beliau ni, adalah apa yang selalu beliau buat untuk hidangan seisi keluarga. Bila buat je, anak-anak confirm akan suka dan berebut makan.
RESEPI ROTI SOSEJ
Roti sosej Ala Oriental ni, uniknya pada part kuah sosnya. Tak seperti yang kita beli, resepi Cik Puan Zurian ni, kongsikan dia buat sendiri tau di rumah secara homemade sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sosej
- 1 biji lobak merah ( dipotong dadu )
- 1 biji bawang holland ( potong dadu )
- 3 ulas bawang putih ( dicincang )
- 1 sudu kecil biji lada hitam ( ditumbuk hancur )
1 batang daun bawang ( dihiris halus ) - 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar tepung gandum
- Air – tuang sikit demi sedikit
- ½ kuib pati ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- Garam Secukup rasa
CARA PENYEDIAAN ROTI SOSEJ ALA ORIENTAL :
▶ Mula-mula sekali, panaskan sedikit je minyak dan grill sosej sekejap.
▶ Kemudian, angkat seketika. Cairkan planta. Gunakan api yang kecil sahaja tau.
▶ Seterusnya, masukkan bawang putih, bawang holland. Tumis sampai naik wangi satu rumah.
▶ Masukkan lobak merah dan masak sampai sebati.
▶ Bila lobak dah sedikit lembut, taburkan tepung gandum dan gaul sebati.
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Bom Rangup Di Luar Lembut Dan Gebu Di Dalam! Makan Macam Tu Je Pun Sedap.
▶ Kemudian, masukkan air sedikit demi sdikit sampai menjadi kuah.
▶ Selepas masukkan air, masukkan juga kicap, lada hitam, lada hitam dan akhir sekali kiub pati ayam. Perasakan dengan garam. Biarkan sampai kuah mendidih.
▶ Jika rasa dah okay, padam api. Akhir sekali taburkan dengan hirisan dan daun bawang. Gaul sekata.
▶ Untuk hidangannya pula, belah di bahagian sebelah roti dan masukkan sosej. Kukus sekejap untuk hasilkan roti yang lembut.
▶ Last sekali, tuang kuah sos tadi ke atas roti sosej kita.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Jarang sekali kan tengok roti sosej banjir macam ni. Serious kalau ada bahan, korang boleh cuba sebab rasa dia memang berbaloi nak buat.
Korang yang baru tahu resepi ni, cuba sekali buat dan hidangkan kepada anak-anak. Confirm berebut makan tau. Silap-silap tak cukup lah satu.
Dah buat, jangan lupa kongsikan di facebook ye supaya lebih ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian kali ni. Selamat mencuba!