Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pau Spicy Tuna Yang Lembut Dan Gebu. Kudapan Minum Petang Yang Memang Sedap!

0 761

Ada tak antara anda semua gemar sangat dengan pau spicy tuna? Pau boleh diperlbagaikan initinya, dan masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Pau sangat sesuai dijadikan kudapan minum petang bersama keluarga.

Doh pau akan dimasak sama walaupun mempunyai inti yang berlainan. Pau juga boleh kita dapati di mana-mana kedai bakeri. Dan setiap tanda diatas pau menandakan inti yang ada didalam pau tersebut.

Secara tradisinya, pau akan dimasak secara kukus. Tetapi mengikut peredaran zaman, pau juga boleh dimasak dengan pelbagai kaedah seperti bakar dan goreng. Setiap kaedah yang digunakan akan menghasilkan tekstur pau yang berbeza.

Perkongsian pau spicy tuna hari ini adalah hasil perkongsian dari Cik Puan Cyda Shukur melalui laman facebooknya. Tuna yang digunakan adalah tuna tin yang tersedia dijual dikedai.

Tuna tin akan dimasak pedas dengan menggunakan cili merah dan cili api. Tapi jika anda tidak gemar dengan tuna yang pedas, anda boleh saja mengurangkan penggunaan cili dalam penyediaan inti tuna tersebut.

 

RESEPI PAU SPICY TUNA

Pau ini perlu dimakan panas, barulah terasa nikmatnya. Kepada keluarga yang suka pada masakan pedas, anda boleh saja follow resepi pau spicy tuna yang sedap ini untuk menu minum petang.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan tuna spicy :
  • Beli tuna tin ready
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Cili api (dihiris)
  • Sikit air limau
  • Sedikit garam

 

Bahan-bahan doh :
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2sb mnyak masak
  • 1sb yis
  • 1sb gula
  • 1cawan air
  • 1sk bking powder
  • 1sb shortening

 

CARA PENYEDIAAN PAU SPICY TUNA :
Cara penyediaan inti tuna spicy :

▶️ Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api semua hingga kekuningan

▶️ Kemudian masuk tuna dan garam secukupnya.

▶️ Masak hingga kering dan masukkan air limau. Kacau rata.

▶️ Siap masak, angkat ketepikan dan sejukkan.

Cara penyediaan doh pau :

▶️ Masuk semua bahan-bahan untuk buat doh dan uli hingga licin 15minit.

▶️ Biar doh naik 2 kali ganda dan kemudian tumbuk bagi buang angin.

▶️ Bahagi doh dan canai doh.

▶️ Kemudian, masukkan inti spicy tuna.

▶️ Lapikkan dengan kertas dan ulang step hingga semua doh siap.

▶️ Biar kembang dan kukus selama 7 minit.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Percik Perap Rebus Dan Kuah Percik Kelantan Warisan Mok. Memang Padu!

 

Siap untuk dihidang! Sangat simple, nak kukus pun tidak mengambil masa yang lama. Tetapi nak dapatkan doh yang cantik perlu biarkan doh kembang terlebih dahulu sebelum dikukus.

Pau antara kuih yang menjadi kesukaan ramai. Dan sudah tentu laku keras bila dijual dikedai. Kalau nak tambah kelainan sedikit dalam pau spicy tuna ni boleh letak sedikit mayonis. Nampak berlemak inti pau kita.

Bukan roti sandwich je boleh makan dengan tuna. Pau juga boleh. Lebih sedap bila dimakan panas-panas. Semoga resepi pau spicy tuna ini bermanfaat pada anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open