Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Air Asam Menyengat Yang Paling Mudah Dibuat. Cicah Dengan Ikan Lagi Sedap!

0 2,319

Jom cuba resepi air asam menyengat ni. Mudah dan sedap sampai licin pinggan dibuatnya. Kebiasaannya air asam jawa yang pedas dijadikan cicahan ikan bakar. Tapi nak cicah dengan ikan yang dikukus pun sedap!

Untuk mendapatkan rasa kick dalam hidangan air asam menyengat ini, anda perlulah menggunakan asam jawa biji. Rasanya memang lain macam. Asam jawa juga akan disatukan dengan air suam, ditapis dan dibuang bijinya.

Untuk penggunaan belacan pula, anda boleh mengurangkan kuantitinya mengikut keperluan. Tak semua orang boleh makan belacan ni. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang ada resdung. Confirm gatal je hidung lepas makan.

Resepi air asam menyengat ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ameera. Ramai juga yang tertarik dengan resepi simple ini, sehinggakan mendapat 8.9K share di Facebook.

Resepi air asam ini juga sangat popular di utara. Memang tak dapat dinafikan, air asam ini mampu pembangkit selera. Boleh juga menggantikan sambal belacan atau budu yang biasa kita makan.

 

RESEPI AIR ASAM MENYENGAT

Apa yang paling penting, dalam membuat air asam ini, kita kena seimbangkan semua rasa yang ada dari segi pedas, masam, masin dan manisnya. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita try resepi sempoi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 10 biji cili padi (dihiris atau dipotong)
  • 2 biji besar cili merah (dihiris atau dipotong)
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • Separuh asam jawa biji
  • 1 cawan air
  • 2 inci belacan (boleh dikurangkan)
  • Garam
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili

CARA PENYEDIAAN AIR ASAM MENYENGAT :

▶️ Campurkan semua bahan dalam mangkuk.

▶️ Perasakan dengan sedikit garam dan gula.

▶️ Tenyeh belacan guna tangan dan masukkan dalam mangkuk tadi.

▶️ Masukkan juga sos cili dan sos tomato.

▶️ Satukan air suam dengan asam jawa. Kemudian tapiskan.

▶️ Air asam jawa tadi terus dimasukkan ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi.

▶️ Kacau rata semua bahan dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Roti Dan Sos Vanilla Kastard Creamy. Sesuai Untuk Menu Minum Petang Anda Sekeluarga!

 

Ada rasa manis, masam, masie dan pedas. Lengkap semua rasa. Perghhh! Tak mampu nak teruskan, kena cubalah. Makan beramai-ramai memang syok tau. Kalau nak makan dengan ikan kukus, bolehlah cuba ikan kukus bawal. Sedap tau!

Kukus je ikan bawal tu dalam 20 minit macam tu. Dah siap! Tapi kalau nak makan dengan lauk lain pun boleh ye. Tak jadi masalah pun. Memang pekat hasil air asam menyengat ni. Confirm puas hati dengan hasilnya!

Lepas ni kalau nak makan ikan, boleh sangat buat cicahan ni. Harap-harap tak kecur air liur lah semua duk baca dan tengok gambar resepi air asam menyengat ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open