Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Keria Ubi Keledek Ungu Yang Paling Mudah Dibuat. Anda Wajib Mencubanya!

0 180

Ada yang suka makan kuih keria? Jom kita follow resepi kuih keria ubi keledek ungu ni. Mudah sangat dibuat, anda wajib mencubanya! Kuih keria juga merupakan kuih tradisional orang Melayu yang ramai penggemarnya.

Kuih keria juga adalah kuih yang diperbuat daripada ubi keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Kebiasaannya, kuih ini akan disalut atau disira dengan gula putih yang telah dicairkan.

Kuih ini juga sering kali dijamah dan dihidang ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Sedap sangat dimatchkan dengan kopi dan teh o panas. Ubi keledek pula ada pelbagai warna iaitu keledek merah, oren, putih dan juga ungu.

Untuk resepi kali ini, kita akan hasilkan kuih keria dengan menggunakan keledek ungu. Cantik sungguh warnanya bila direbus dan dilenyekkan. Apa kata kita follow resepinya dari perkongsian Cik Puan MissAishah Omar.

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Menurut beliau, ini kali pertama beliau berjaya menghasilkan kuih keria. Jadi, kepada penggemar kuih keria, jangan lupa save resepi ni. Boleh guna bila nak buat nanti.

 

RESEPI KUIH KERIA UBI KELEDEK UNGU

Sebelum mula memasak, pastikan dulu semua bahan-bahan yang diperlukan sudah cukup tersedia, barulah mula memasak. Pasti anda puas hati dengan hasilnya. Lembut didalam dan garing gula diluar.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 10 biji ubi keledek ungu/ atau apa saja warna
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh tepung beras
  • Secubit garam

 

Bahan sira :
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 sudu air
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN KUIH KERIA UBI KELEDEK UNGU :

▶️ Kupas dan rebus ubi sampai empuk. Toskan biar sejuk baru dilenyekkan. Kalau lenyek masa panas nanti kandungan air dalam ubi tu masih ada dan menyebabkan adunan kita jadi lembik.

▶️ Masukkan tepung beras dan juga garam.

▶️ Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum. Uli sampai tak melekat pada jari.

▶️ Bentukkan doh kecil ikut saiz yang anda suka.

▶️ Seterusnya, tebuk lubang tengah.

▶️ Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas barulah mula menggoreng.

▶️ Ini hasil selepas digoreng. Toskan minyak sebelum di sira.

▶️ Untuk sira pula, masak gula putih + air + garam. Perasakan dengn secubit garam. Masak sampai hasilnya pekat dan berbuih besar.

▶️ Bila dah nampak kering dibahagian tepi kuali dan kelihatan seperti serbuk putih, barulah masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi.

▶️ Kacau rata dan tutup api. Teruskan mengacau sampailah tekstur gulanya jadi putih

 

BACA JUGA: Resepi Air Asam Menyengat Yang Paling Mudah Dibuat. Cicah Dengan Ikan Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Wah betul-betul menjadi ye kuih ni. Kalau ke pasar malam, pasti kita akan temui kuih ini. Laku keras juga dijual dań sekejap je habis. Anda juga boleh menggantikkan sira gula putih kepada gula Melaka jika suka.

Kedua-duanya mempunyai rasa enaknya yang tersendiri. Lepas ni tak perlu beli kuih keria kat luar lagi. Dah boleh buat sendiri dirumah. Nak guna selain ubi keledek ungu pun boleh.

Sebenarnya mudah sangat nak buat kuih keria ni. Yang penting ada resepi dan follow je sebijik-sebijik resepi tersebut. Confirm menjadi! Semoga resepi kuih keria ubi keledek ungu ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open