Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Sos Cili Padi Thai Yang Paling Sedap. Makan Dengan Sosej Bakar Lagi Sedap!

0 341

Plan nak buat bakar-bakar hujung minggu ni. So, aku nak cari resepi sos cili padi Thai yang paling sedap. Nak buat cicah makan dengan ayam bakar, sosej bakar nanti. Takde sos, tak lengkap la hidangan BBQ kita kan.

Sedapnya bakar-bakar ni terletak pada sos yang kita sediakan. Sebab tu kali ni aku nak ada kelainan sikit. Rasa dah bosan pulak buat cili kicap je. Kali ni nak juga buat sos cili padi Thai yang ramai kata sedap tu.

Yeahhh! Dah jumpa pun resepi sos cili padi Thai. Aku jumpa resepi ni kat Facebook Encik Wan Muhammad Hafiz Satar. Kebetulan beliau nak buat bakar-bakar sosej untuk anak-anak. Beliau terus share resepi ni untuk warga Facebook.

Korang yang plan nak BBQ dengan family boleh la try buat sos cili padi Thai ni. Nampak sedap ye. Pernah nampak orang makan daging harimau menangis dengan Sos ni! Purggg terangkat dibuatnya.

Sos cili padi Thai ni tak sama dengan cili kicap biasa kita buat tu. Sos ni kena masak sampai pekat likat. Lepas tu tabur hirisan daun ketumbar. Baru la nama dia Sos dari Thai. Dah jadi kebiasaan, masakan Thai di campur dengan daun ketumbar.

 

RESEPI SOS CILI PADI THAI 

Tak nak buang masa lagi, jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sos cili padi Thai ni. Bahan dan cara masak ada kat bawah ni. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 cawan cuka
  • 1cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi (bancuh dulu dengan sedikit air)
Bahan kisar :
  • 1 genggam cili padi merah & hijau
  • 4 biji cili merah (kalau suka pedas boleh pakai cili padi semua, kalau nak kurangkan pedas lebihkan cili merah)
  • 6-8 ulas bawang putih.
CARA-CARA PENYEDIAAN SOS CILI PADI THAI : 

▶️ Masak semua bahan diatas dalam periuk sehingga gula larut dan likat.

▶️ Bila dah siap, taburkan dengan hirisan daun ketumbar. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Coklat Karamel Yang Lembut & Moist. Sangat Sedap. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

 

Semudah ABC! Tahap kepedasan cili ni pun boleh adjust ye. Kalau nak bagi anak-anak makan, korang kurangkan je kuantiti cili. Guna banyak cili merah banding cili padi.

Cili ni boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Kot nak makan dengan ayam goreng atau daging bakar pun boleh. Sos sedap dan pasti menyelerakan. Hari-hari rasa nak bakar-bakar ayam, daging dan sosej.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Wan Muhammad Hafiz Satar kerana sudi berkongsi resepi sos cili padi Thai ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open