Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Nanas Terbalik Yang Gebu Dan Sedap. Mudah Sangat Nak Buatnya!
Pernah dengar tak resepi kek nanas terbalik? Atau nama lainnya “pineapple upside down cake”? Haaa, menarik juga kek ni. Sebab kek ni menggunakan kepingan nanas yang dipotong-potong dan diletakkan di dalam adunan kek.
Aku tak pernah lagi rasa kek nanas macam ni. First time aku jumpa. Memandangkan ada nanas kat rumah, aku plan nak buat kek nanas ni dengan adik aku nanti. Tapi tunggu masa free kita orang la kan.
Rasa dah muak juga makan kek coklat, kek red velvet bagai-bagai ni. Nak juga sekali sekala rasa kek buah masam manis macam ni. Agaknya apa rasa kek ni kan?
Aku jumpa resepi kek nanas terbalik ni kat Facebook Cik Puan Zainoor Aliza Ali. Ni dah kedua kali beliau share resepi ni kat Facebook. Resepi pertama guna gula merah & resepi kedua guna gula perang.
Menarik tau cara buat kek ni. Lebih kurang sama dengan cara buat puding karamel. Permukaan bawah dalam loyang akan berada di atas lepas kek dah masak nanti.
RESEPI KEK NANAS TERBALIK
Nampak padat kek ni. Confirm tak muak makan sebab kek ni ada rasa manis masam buah nanas dan ceri. Korang nak buat birthday kek atau kek hidangan untuk tetamu pun boleh.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk susunan nanas :
- 3 sb buttercup (dicairkan)
- 1/4 cawan gula perang
- Beberapa keping nanas dalam tin
- Beberapa biji ceri merah
Bahan untuk bancuhan tepung :
- 1/2 buku buttercup (125grm)
- 3/4 cawan gula
- 4 biji telur
- 1/4 cawan susu segar
- 3 sb (15 ml) air nanas
- 1 sk esen vanilla
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
CARA PENYEDIAAN KEK NANAS TERBALIK :
▶️ Cairkan buttercup dan sapu rata di sekeliling loyang. Taburkan gula perang.
▶️ Kemudian, susun nanas dan ceri. Ketepikan.
▶️ Dalam mixer, putar buttercup dan gula.
▶️ Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang.
▶️ Masukkan susu segar, air nanas dan vanilla.
▶️ Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum dan baking powder. Kacau hingga sekata.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Sos Cili Padi Thai Yang Paling Sedap. Makan Dengan Sosej Bakar Lagi Sedap!
Cantik sangat hasilnya! Bila dah terbalikkan, baru la kita nampak potongan buah nanas dan ceri tadi yang pada mulanya kita susun dalam loyang. Menarikkan resepi ni. Rugi pulak kalau tak cuba.
Yang baru try nak buat, follow je sebijik-sebijik resepi ni. Confirm menjadi! Orang yang tak biasa baking pun boleh buat ye. Kek ni nak buat minum petang dengan kopi O pun syok juga.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zainoor Aliza Ali kerana sudi berkongsi resepi kek nanas terbalik ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!