Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Ala Burger Big Mac McD. Sedap Dan Yang Paling Penting Mengenyangkan!
Nak makan roti ala burger big mac McD? Mudah je nak buatnya. Dengan menggunakan roti garndenia anda dapat hasilkan roti ala-ala burger big mac McD yang sedap. Lebih mudah dan pastinya lebih jimat. Nak buat banyak mana pun boleh.
Kalau tak nak makan nasi untuk sarapan pagi, boleh gunakan resepi ni untuk menu sarapan pagi anda. Lebih mengenyangkan dan yang paling penting tak buat perut anda rasa penuh macam makan nasi lemak. Takde lah mengantuk nak buat kerja.
Macam roti celup telur berintikan daging. Tertarik-tarik cheese didalam roti tu. Makan panas-panas sedap sengat. Cicahkan dengan sos cili dan mayonis rasanya lebih padu. Lebih sihat sebab tidak menggunakan minyak.
Anda cuma perlu menggunakan butter untuk memasak roti. Bila menggunakan butter aroma masakan lebih wangi. Anda perlu menggunakan slice cheese dan bukannya shredded cheese. Jangan salah beli ye.
Resepi roti persis burger big mac mcd ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Fatin Pauzi. Kepada penggemar roti dan mereka yang memilih roti sebagai sarapan pagi boleh cuba resepi simple ini.
RESEPI ROTI ALA BURGER BIG MAC MCD
Musim PKP macam ni, rasa bosan duduk rumah. Ibu-ibu pula pasti dah hilang idea menjadi chef dirumah. Selitkan resepi simple dan sedap ini, anak-anak pasti suka. Yang penting jimat dan tak perlu beli diluar. Harga big mac McD pun mahal kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti gardenia
- Daging kisar/ daging slice
- Butter
- Mozarella cheese (slice bukan shredded)
- Telur
- Susu segar
- Lada sulah
CARA PENYEDIAAN ROTI ALA BURGER BIG MAC MCD :
▶️ Jika anda menggunakan daging kisar, goreng dulu daging kisah guna butter. Jangan letak garam atau gula. Kalau daging slice, boleh terus letak je. Tak perlu goreng.
▶️ Potong tepi roti dan ambil bahagian putih je. Letak mozarella cheese atas roti. Baru letak daging.
▶️ Tutup dengan roti sekeping lagi, dan penyet bahagian tepi biar tertutup taknak bagi cheese dan daging terkeluar.
▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan susu segar dan lada sulah secukup rasa dalam telur dan pukul sampai sebati.
▶️ Rendam habis roti dalam campuran telur tadi dan masukkan ke dalam kuali.
▶️ Panaskan butter sampai cair. Goreng sampai masak dan balikkan roti.
▶️ Dah siap, sewaktu panas terus potong bahagian tengah kalau nak tengok cheese leleh. Siap!
BACA JUGA: Resepi Tom Yam Patin Sangkar Sungai Pahang Yang Mudah Dan Sedap. Lebih Sedap Dari Ikan Patin Yang Beli Dipasar!
Siap untuk dihidang! Yang nak eat clean elok sangat buat roti ni pepagi. Buat bekal anak ke sekolah pun boleh. Anda yang tak sempat nak sarapan dirumah boleh buat hidangan simple ini dan membawa bekalan ke tempat kerja.
Siapa kata tak boleh dapatkan rasa yang sama macam burger big mac McD? Anda wajib cuba. Balance bahagian tepi roti tadi jangan dibuang boleh dibuat roti keju bakar macam resepi yang telah dikongsikan semalam.
Tak baik membazir. Lepas ni nak makan burger ala-ala McD boleh cuba resepi ini secara homemade. Jimat dari beli diluar. Semoga resepi roti ala burger big mac McD ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!