Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Gulai Kerutuk Telur Original Kelantan. Kuah Pekat Dan Tak Terkata Sedapnya!

0 2,771

Gulai kerutuk merupakan masakan yang sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebiasaannya dihidang dengan ayam dan juga daging. Tapi untuk kali ini, kita bertukar selera kepada resepi gulai kerutuk telur original Kelantan pula. Jom cuba!

Walaupun anda bukannya berasal dari Kelantan, tapi lauk ini sangat di sukai ramai dan juga terkenal diluar dari Kelantan. Jarang sangat jumpa resepi gulai kerutuk telur ni, tapi bila dah jumpa resepinya, rasa excited nak share kat sini.

Gulai kerutuk telur ini juga sangat sesuai dihidang dengan nasi minyak. Memang tak terkata nikmatnya bila digaul kuah kerutuk yang pekat itu dengan nasi minyak. Sedap sangat! Nak cicah dengan roti pun boleh.

Kalau kena dengan caranya, semua orang boleh masak kerutuk telur ni. Cik Puan Afy AL Habibi juga turut berkongsi tips memasak gulai kerutuk yang paling sedap buat kita semua. Pasti puas hati dengan hasilnya!

Sudah pasti rempah kerutuk Kelantan merupakan bahan utama dalam hidangan ini.  Tapi, tak mudah nak dapat kecuali belian atas talian. Kalau rasa nak makan juga, boleh gantikan dengan rempah kari yang dicampurkan rempah kurma.

 

RESEPI GULAI KERUTUK TELUR ORIGINAL KELANTAN 

Orang Kelantan ada yang dah rindu nak makan gulai kerutuk mak ke? Mestilah rindu kan. Dah lama rasanya tak dapat balik kampung. Mungkin dengan resepi ini boleh bantu anda menghidangnya dirumah masing-masing. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 10 biji telur (direbus dan dikupas kulitnya)
  • 4 sekawan
  • 1/2 sudu kecil cili kisar
  • 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan
  • 1/2 cawan air + asam jawa secubit
  • Garam
  • Nisse atau gula Melaka
  • 1/2 santan kotak
  • 1 sudu besar kerisik

 

Bahan pes :
  • 3 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 hiris bulat serai
  • Sehiris nipis halia
  • Sehiris nipis lengkuas
  • 1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar

*Kisar semua bahan di atas hingga lumat.

CARA PENYEDIAAN GULAI KERUTUK TELUR ORIGINAL KELANTAN :

▶️ Telur direbus sehingga masak. Kemudian, dikupas dan goreng seketika sahaja untuk elakkan telur cepat pecah dalam gulai.

▶️ Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi.

▶️ Masukkan pula 1/2 sudu kecil cili kisar dan gaul rata.

▶️ Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak.

▶️ Tambahkan 1/2 cawan air + asam jawa secubit. Juga perasakan dengan garam, nisse atau gula Melaka serta secukup rasa.

▶️ Biarkan pes sehingga pecah minyak.

▶️ Selepas itu, tuang 1/2 santan kotak dan tambahkan sedikit air.

▶️ Boleh tambahkan garam, nisse atau gula melaka jika rasanya belum menyerlah. Tambahkan 1 sudu besar kerisik. Renehkan kuah dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah.

▶️ Selepas kuah memekat dan cukup rasanya, masukkan telur tadi. Biarkan seketika sebelum ditutup apinya. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Jus Rambutan Yang Fresh Dan Sedap. Nyaman Sungguh Bila Minum Sejuk-Sejuk!

 

Siap untuk dihidang! Rahsia gulai kerutuk ini menjadi sedap adalah dari penggunaan rempah asli kerutuk Kelantan. Yang mana warna rempah ini sedikit gelap dari rempah gulai lain. Rasa dan baunya juga ada kelainan yang tersendiri.

Cikgu Afy juga turut berkongsi tips untuk membuatkan bau gulai menjadi wangi dan sedap. Caranya adalah tumis rempah guna api perlahan sampai terbit minyak dan garing. Hasil masakan nanti akan lebih wangi dan tahan lama.

Kalau nak dapat gulai kerutuk yang sedap, wajib follow sebijik-sebijik resepi ni. Confirm bertambah nasi dibuatnya! Semoga resepi gulai kerutuk telur original Kelantan ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open