Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Belimbing Atau Churros Yang Lembut Di Dalam, Rangup Di Luar. Mudah Je Nak Buat, Sedap Pulak Tu!

0 1,210

Ada tak yang pernah cuba resepi kuih belimbing atau churros? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba follow resepinya di sini. Kuih belimbing atau churros ni biasanya akan dijadikan hidangan minum petang. Dan sangat sedap di makan panas-panas.

Kat Terengganu, kuih ni di panggil sebagai kuih belimbing. Mungkin di sebabkan bentuknya yang seakan buah belimbing. Tapi, orang zaman sekarang dah tak sebut sebagai belimbing lagi, nama glamour kuih ni adalah churros.

Teksturnya pula lembut di dalam dan rangup di luar. Selain di makan dengan taburan gula. Kuih belimbing atau churros modern akan di makan dengan curahan coklat. Sedap sangat ye. Anak-anak sudah tentu menjadi penggemar setia.

Cara penyediaannya juga sangat lah mudah. Dimana semua bahan akan di masak di dalam air panas sehingga tepung tidak berketul-ketul. Bila adunan sudah siap, adunan seterusnya akan dimasukkan ke dalam acuan kuih semperit dan digoreng sehingga kekuningan.

Untuk semua penggemar kuih belimbing atau churros, apa kata hari ni anda semua cuba resepi kuih belimbing yang dikongsikan oleh Cik Pn Habsah Ngah ni. Pasti nak lagi dibuatnya!

 

RESEPI KUIH BELIMBING ATAU CHURROS

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan kuih belimbing ini. Follow sebijik-sebijik je, confirm menjadi!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 kg tepung gandum*
  • Tambah 1 sdk baking powder*

*Ayak terlebih dahulu kedua-dua bahan di atas.

 

  • 4 cwn air
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 biji telor gred A/B

*Kalau gred telur C/D tmbh lagi sebiji

 

  • Sedikit garam
  • 1sdk esen vanila

CARA PENYEDIAAN RESEPI KUIH BELIMBING :

▶️ Panaskan air dan masukkan marjerin, gula, garam, esen vanila hingga mengelegak.

▶️ Bila dah mengelegak, slow kan api.

▶️ Boleh slow-slow masukkan tepung gandum. Kacau sampai tiada ketulan tepung.

▶️ Dah takde ketulan tepung, boleh tutupkan api.

▶️ Curah adunan tadi dalam bekas.

▶️ Pecahkan telur satu persatu dan kacau adunan tadi sampai sebati. Kemudian, bagi rest adunan dalam 20 minit. Barulah di goreng.

▶️ Guna je acuan biskut semperit/bunga dahlia tu. Lagi senang! Tinggal picit je. Picit terus masuk dalam kuali dan gunting adunan.

▶️ Goreng guna api sederhana ye dan rajin-rajin terbalikkan. Goreng hingga kekuningan.

▶️ Angkat dan toskan minyak. Dah suam bolehlah tabur gula halus. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Arab Mandy Ayam Yang Mudah Dan Sedap. Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas masa berbuka nanti sedap sangat! Adunan kuih ni memang lembut ye. Kena rajin basahkan tangan. Kalau tak, adunan akan melekat sangat masa nak picit masuk acuan tu.

Biasanya selepas kuih diangkat dan ditoskan. Kuih akan dibiarkan suam seketika sebelum di tabur gula halus. Kalau takde gula halus, kena blend dulu. Barulah rasa nikmat nak makan kuih ni nanti. Kalau nak curah coklat pun boleh. Sedap sangat!

Bulan puasa ni, nampaknya banyak juga resepi yang di kongsikan oleh Cik Cik Pn Habsah Ngah di laman Facebooknya. Semuanya nampak menarik. Terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kuih belimbing atau churros ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open