Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kari Masalah Sotong Yang Sedap Dimakan Dengan Papadom. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

0 714

Resepi kari masalah sotong merupakan masakan yang tekenal di restoran Nasi Kandar. Kari masalah membawa maksud kari pekat. Resepi ini juga sangat popular di Pulau Pinang. Apa kata kali ini anda mencubanya secara homemade.

Resepi kari masalah ini sangat sedap dimakan dengan papadom. Bila ke nasi kandar pasti ramai yang memilihnya. Cara membersihkan sotong dalam masakan nasi kandar berlainan sedikit dari yang biasa tau.

Ramai yang tak tahu, bagaimana sotong nasi kandar masih bercantum kepala dengan badan dalam masakannya. Caranya adalah bersihkan sotong dan cabut pelahan-lahan dengan membuang dakwatnya terlebih dahulu. Jangan buang tulangnya nanti sotong jadi lembik.

Masukkan kembali kepala sotong kedalam badan sotong dengan cara menekan masuk. Rebus sotong sehingga 3/4 masak. Jangan gunakan terlalu banyak air semasa merebus. Masak sebentar sahaja sehingga sotong tegang dan mengelembung.

Sekiranya anda tidak dapat sotong yang putih tetapi hitam kemerahan, anda boleh masukan satu sudu cuka semasa rebusan. Resepi kari masalah sotong ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Rafidah Mohd Rawi melalui laman facebooknya.

 

RESEPI KARI MASALAH SOTONG

Kepada mereka yang dah rindu sangat nak makan kari masalah sotong nasi kandar, anda boleh ikuti resepinya disini dan buat secara homemade. Gunakan sotong yang segar ye. Tak segar tak sedap pula nak makan nanti.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kilo sotong
  • 1/2 cawan santan
  • 2 tangkai daun kari
  • Biji sawi secubit
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • Tomato (dibelah 4)
  • Cili hijau (dibelah)

 

Bahan kisar :
  • 2 biji Bawang besar
  • 5 biji Bawang putih
  • 1/2sudu kecik Jintan putih
  • Halia setengah inci

CARA PENYEDIAAN KARI MASALAH SOTONG :

▶️ Cuci sotong, berishkan dan tarik keluar pundi hitamnya tanpa mengeluarkan tulangnya. Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan rebus dengan sedikit air, 1/4 paras sotong.

▶️ Masak sebentar sehingga sotong tegang dan mengelembung. Angkat, tos dan simpan air rebusannya. Ketepikan.

▶️ Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar dengan 1 cawan air dan tapis. Simpan air kisarannya. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak, masukkan biji sawi, bahan kisar, daun kari dan tumis hingga kekuningan. Masukkan air kisaran bawang dan masak hingga mendidih.

▶️ Satukan pula rempah kari ikan, serbuk kunyit dan gaulkan dengan sedikit air. Kemudian, masukkan ke dalam kuali.

▶️ Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sotong yang di celur tadi.

▶️ Masukkan pula santan dan tambah air rebusan sotong dan reneh hingga hampir pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Akhir sekali, masukkan tomato dan cili padi hijau. Tambah air panas jika kuah agak pekat.

▶️ Tutup api dan angkat. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Roti Ala Burger Big Mac McD. Sedap Dan Yang Paling Penting Mengenyangkan!

 

Siap untuk dihidang! Sesetengah masakan kari tidak menggunakan santan. Tapi untuk resepi ini penggunaan lebih kurang 1/2 cawan santan diperlukan untuk memekatkan lagi kari masalah sotong kita.

Sangat sedap makan panas-panas dengan nasi putih ditambah pula dengan papadom. Rasa macam makan kat kedai mamak dah. Papadom boleh dibeli yang dah siap di kedai mamak, tak pun beli yang untuk digoreng dirumah.

Resepi kari masalah sotong ini pasti memikat penggemar masak kari. Anda wajib cuba sebab sangat mudah cara penyediaannya. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open