Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Air Lemon Tea Pudina Yang Paling Sedap. Rasa Fresh Je Bila Minum Nanti!

0 204

Nampak je resepi air lemon tea pudina ni, terus rasa nak buat stock dalam peti ais. Bila nak minum tuang je dalam cawan. Air lemon tea pudina ni sesuai di hidang sejuk dah panas ye. 

Korang yang gemar minum air lemon boleh la try buat air ni. Serious sedap weh! Rasa fresh je kat tekak. Lemon pulak banyak kebaikannya untuk kesihatan. Especially untuk korang yang nak buang kolestrol dalam badan. 

Aku jenis yang suka buat air lemon. Kadang rendam je lemon tu dalam air panas. Buat detox badan. Makin berumur ni makin teruk rasa sakit-sakit badan. Kulit pun nampak kering dan kusam. 

Resepi air lemon tea pudina ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Asma Nordin melalui laman Facebooknya. Ramai tau yang share resepi ni. Siap ada yang nak buat air balang untuk jual hari-hari.

Lepas ni confirm air ni ada kat peti ais rumah aku. Buat banyak-banyak dalam bekas. Tinggal hidang je bila nak makan nanti. Tapi untuk yang panas kena buat setiap kali nak minum.

RESEPI AIR LEMON TEA PUDINA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan air lemon tea pudina ni. Sekali cuba, pasti nak lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 liter air panas (1 jug)
  • 4 uncang teh serbuk
  • 1 biji lemon
  • 200 gram gula pasir
  • Secekak daun pudina

CARA PENYEDIAAN AIR LEMON TEA PUDINA :  

▶️ Lemon di belah dua dan diperah ambil jusnya & bijinya pula di buang.

▶️ Kulit lemon di potong nipis-nipis.

▶️ Air panas, gula pasir & teh uncang di satukan didalam jug. Kacau hingga gula hancur.

▶️ Masukkan jus lemon, kulit lemon dan daun pudina.

▶️ Siap untuk diminum sejuk atau panas.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Nenas Terbalik Yang Gebu Dan Sedap. Mudah Sangat Nak Buatnya!

 

Gula air ni korang boleh adjust ye ikut citarasa sendiri. Aku rasa air ni antara air tersedap yang akan jadi favourite aku. Yang bestnya, habis satu jug boleh tambah lagi air teh sehingga hilang bau aroma lemon. Jimat banyak lemon aku weh!

Sebelum ni aku minum air lemon buh air panas je. Lepas dah jumpa resepi ni, mesti botol air aku nampak meriah. Dah macam air detox dah. Kalau kurangkan gula mesti lagi baik untuk kesihatan kita. Betul tak?

Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Asma Nordin kerana sudi berkongsi resepi air lemon tea pudina ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open