Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Kak Wok Yang Simple Dan Disukai Ramai. Ala-Ala Makan Kat Kedai Sedapnya!
Pernah cuba resepi nasi kak wok dirumah? Nasi kak wok merupakan hidangan ringkas nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang juga dilengkapkan dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan. Sangat sedap rasanya!
Nasi kak wok sebenarnya diilhamkan oleh Kak Wok atau nama sebenarnya adalah Allahyarhamah Mek Wook Hassan. Nasi kak wok juga mula popular di kalangan masyarakt tempatan di Kota Bahru sekitar tahun 1984.
Resepi ini juga terus meluas di sekitar negeri Kelantan sehinggalah kepada masyarakat luar dari Kelantan. Cukup ramai penggemarnya. Bukan itu saja, hidangan ini juga sering kali menjadi tumpuan ramai kerana harganya yang murah.
Nasi kak wok akan dibungkus dengan sehelai kertas dan itu telah melambangkan identitinya. Walaupun lauknya agak simple tapi bila dihidang dengan kuah gulai dan sambal belacan, ianya terus menjadi hidangan yang cukup istimewa.
Apa yang kita dapat lihat sekarang, semakin banyak kedai yang menjual nasi kak wok dibuka. Memandangkan musim pkp, apa kata kita buat nasi kak wok homemade. Cuma perlu follow resepi dari Sajian Malaysia sahaja. Jom masak!
RESEPI GULAI AYAM KAK WOK
Pasti ramai yang tak sabar mencuba hidangan istimewa ini dirumah kan. Jadi, tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak dan bagaimana penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk gulai kak wok :
- 4 labu Bawang bombay
- 5 ulas Bawang putih
- 1 inci setengah Halia
- 1 inci setengah Lengkuas
- 3 sudu Rempah kari daging
- 1 sudu Rempah kerutub
- Kacang panjang (dipotong)
- Terung (dipotong kecil)
- Leher ayam/ kaki ayam/ sayap dan paha (dipotong kecil)
- Santan (jangan pekat sangat)
- Garam dan kiub ayam
- 1 Nisan Kerek/ Gula Melaka
Bahan-bahan untuk ayam goreng harum :
- 1 ekor Ayam (dipotong kecil)
- 2 sudu kecil Garam
- 2 inci Kunyit hidup (ditumbuk lumat)
- 1 sudu kecil Serbuk kunyit
- 1 sudu kecil Serbuk cili
- 3 tangkai Daun kari
Bahan-bahan untuk sambal belacan ala kak wok :
- 4 biji cili kering (direbus)
- Cili padi ikut pedas
- 2 inci belacan
- 1 labu bawang besar (dibakar)
- 1 labu bawang putih (dibakar)
- Gula, garam, perasa
- Air asam jawa
CARA PENYEDIAAN NASI KAK WOK :
Cara penyediaan untuk gulai kak wok :
▶️ Blend bawang merah, bawang putih, halia & lengkuas sehingga lumat. Kemudian, tumis sampai wangi.
▶️ Rempah kari & rempah kerutub pula dibancuh dengan air dan digaul pada ayam. Perap ayam sekejap.
▶️ Masukkan ayam kedalam bahan-bahan yang ditumis tadi dan masak sampai ayam empuk.
▶️ Masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Kemudian, masukkan terung dan kacang panjang.
▶️ Perasakan dengan garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam. Biarkan masak sekejap. Siap!
Cara penyediaan ayam goreng harum :
▶️ Basuh bersih ayam dan toskan.
▶️ Potong kecil dan lumurkan ayam dengan bahan-bahan perapan. Kemudian, perapkan sekejap.
▶️ Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Cara penyediaan sambal belacan ala kak wok :
▶️ Blend kesemua bahan sambal belacan.
▶️ Kemudian, masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Kuih Keria Ubi Keledek Ungu Yang Paling Mudah Dibuat. Anda Wajib Mencubanya!
Sedap sangat dimakan panas-panas tau! Sebelum tu pastikan nasi putih anda dah masak ye. Keenakan nasi kak wok ini bergantung kepada rasa kuah gulainya. Sedap gulainya, maka sedaplah hidangan nasi kak wok kita tu.
Kuah yang sedap pastinya kelihatan pekat dan cukup dengan semua rasa. Sambal belacan kak wok pun wajib ada tau. Nanti kurang pula rasa sedapnya! Lepas ni kalau nak makan nasi kak wok, dah boleh masak kat rumah masing-masing.
Sesekali buat menu ni kat rumah seronok juga kan. Mesti anak-anak dan suami suka. Boleh masak untuk lauk tengahari dan makan malam. Semoga resepi nasi kak wok ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!