Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Cucur Badak Homemade Yang Paling Sedap. Nak Frozenkan Pun Boleh!
Petang-petang kalau dapat makan cucur badak panas syok juga kan. Korang boleh buat banyak dulu dan frozenkan. Kalau nak makan petang, tinggal keluarkan dari peti dan goreng. Senang kan! Jom follow resepi cucur badak homemade kat sini. Confirm nak lagi dibuatnya.
Cucur badak ni antara kuih yang ramai penggemarnya. Bentuknya bulat dan diintikan dengan serunding kelapa didalamnya. Teksturnya pula lembut dan semestinya sedap dihidang panas-panas. Matchkan dengan kopi atau tea panas lagi syok.
Cucur badak ni dibuat menggunakan keledek oren dan di adun dengan tepung gandum, butter dan bahan perasa. Rebus dulu ubi keledek sampai empuk barulah di adun dengan tepung gandum. Make sure lenyekkan masa keledek tengah panas ye. So, senang nak hancur nanti.
Resepi cucur badak ni telah di kongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noor Ain Umairahariz Baba melalui laman Facebooknya. Resepi nampak simple, lengkap dan mudah di faham. So, memudahkan korang untuk mencubanya di rumah.
Serunding cucur badak ni menggunakan ikan bilis. Boleh juga di intikan dengan selain daripada ikan bilis. Semua terpulang ikut citarasa masing-masing. Kalau nak frozenkan korang boleh goreng sekejap cucur dan masukkan dalam peti bahagian freezer.
RESEPI CUCUR BADAK HOMEMADE
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kalau dah lengkap dengan semua bahan, bolehlah kita mula buat. Nak goreng untuk sarapan pagi pun boleh.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gm keledek oren
- 180 gm tepung gandum
- 1 tbsp butter
- Sedikit garam
Bahan-bahan untuk inti :
- 1 biji kelapa parut putih
- 5 tangkai cili kering rebus
- 5 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1 batang serai
- Semangkuk/Segenggam ikan bilis
CARA PENYEDIAAN CUCUR BADAK HOMEMADE :
Cara penyediaan inti :
▶️ Blender kesemua bahan-bahan kecuali kelapa.
▶️ Masuk bahan kisar tadi bersama kelapa, sedikit air asam jawa, garam dan gula cukup rasa.
▶️ Letak 2/3helai daun limau. Kacau dengan api perlahan. Sampai serunding kelapa ni kering.
Cara penyediaan cucur badak homemade :
▶️ Rebus keledek hingga empuk.
▶️ Kemudian, lenyek ketika panas. Biarkan suam-suam baru tambah butter garam dan gaul sebati.
▶️ Masuk tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.
▶️ Adunan memang lembut ye.
▶️ Sapu sedikit minyak pada tagan bagi adunan tak melekat.
▶️ Timbang 40gm dan isi inti serunding didalamnya. Bulat-bulatkan dan leperakn sedikit.
▶️ Buat sampai habis adunan.
▶️ Goreng dengan minyak panas dengan api sedang. Sampai warna keemasan.
BACA JUGA : Resepi Kentang Bakar Berempah Yang Garing Dan Semestinya Sedap. Sesuai Sangat Buat Kudapan!
Siap untuk dihidang! Dah boleh makan cucur badak dengan hidangan kopi atau tea panas. Selain dijadikan menu sarapan pagi atau minim petang. Kuih ni juga boleh dihidang bila ada majlis kenduri kendara atau keramaian dirumah. Confirm laju je habis nanti!
Saya pun antara penggemar kuih cucur badak ni. Sampai sanggup beli yang frozen. Bila jumpa resepi ni, terus rasa nak buat sendiri kat rumah. Kalau kat rumah korang tu ramai yang suka kuih kampung ni. Elok buat sendiri dari beli kat luar. Jimat!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Ain Umairahariz Baba kerana sudi berkongsi resepi cucur badak homemade yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!