Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Bom Rangup Di Luar Lembut Dan Gebu Di Dalam! Makan Macam Tu Je Pun Sedap.

Kuih boom sedap
0 8,620

Orang kampung-kampung suka betul makan kuih bom ni. Ada yang panggil cucur bom. Tak kisah namanya apa, yang penting makan kuih bom ni macam tu je pun boleh berebut tau.

Ada sesetangah Kawasan panggil kuih bom tu adalah kuih yang bersalut bijan dan ada inti kelapa tu. Kalau di Kawasan saya, itulah kuih bomnya. Tapi tengok ramai yang kongsikan resepi kuih bom ni ternyata berbeza sekali.

Kuih bom ni paling simple dan paling sikit bahan yang digunakan. Tapi hasil kuih bom ni boleh makan yang lembut dan gebu je. Makan macam tu je pun manis dah. Tapi nak lagi sedap, makan cicah sambal bilis. Padu!

Resepi yang saya nak kongsikan kali ni, ialah daripada Cik Puan SuiSan Aliezsha ni betul-betul simple je nak buat. Kalau kita baru nak belajar masak sekali pun, kalau follow cara ni confirm jadi lah.

Kuih bom ni sesuai sangat kalau nak buat untuk makan petang. Duduk santai-santai dengan mak ayah sambil minum kopi o panas memang layanz!

 

RESEPI KUIH BOM LEMBUT DAN GEBU

Nak buat kuih bom ni pastikan guna yis yang elok dan baru tau, Jika yis rosak, nanti adunan kuih kita tak naik dengan cantik.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 4 senduk tepung gandum
  • 1 paket yis
  • 2 senduk gula pasir
  • Air

CARA PENYEDIAAN KUIH BOM :

▶ Mula-mula sekali, satukan tepung, gula dan yis dalam sebuah bekas. Gaulkan sebati.

▶ Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlebih air, nanti dia akan cair.

▶ Biarkan teksture jadi kenyal sahaja. Perap sekejap dalam 25 minit hingga 30 minit.

▶ Dah cukup masa, adunan akan jadi berbuih dan mengembang.

▶ Kacau seketika dan bolehlah digorengkan.

▶ Panaskan minyak dan goreng kuih bom ni kecil-kecil. Pastikan minyak betul-betul panas ye.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Cek Mek Molek Kelantan. Garenti Jadi!

Dalam banyak-banyak kuih hidangan petang, kuih bom ni paling mudah nak buat dan paling cepat habis licin. Nak-nak lagi makan waktu tengah suam-suam macam tu.

Gula yang kita gunakan dalam bancuhan dah membuatkan kuih bom kita ada rasa manis-manis gitu. Sebab tulah dia jadi sedap dimakan begitu sahaja tanpa cicah dengan apa-apa.

Korang yang baru tahu resepi kuih bom ni, nanti bolehlah cuba buat. Sharekan dekat facebbok supaya mudah nak buat nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open