Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Biskut Cornflakes Susu Tanpa Perlu Bakar. Memang Sedap Sangat!
Sempat lagi kalau nak buat biskut raya ni! Banyak-banyak biskut raya korang buat, ada tak yang tak perlu di bakar? Ha, apa kata korang cuba buat biskut cornflakes susu tanpa perlu bakar ni. Memang sedap sangat! Mudah nak buat pula tu.
Kebanyakkan biskut raya, semuanya perlu dibakar. Kalau jumpa resepi yang tak perlu bakar rasa rugi pula kalau tak cuba kan. Untuk buat tambah-tambah biskut raya tahun ni, elok juga korang try biskut cornflakes ni. Malam raya pun boleh buat nanti.
Biskut ni sangat mudah nak buat. Korang cuma perlu masak je tepung dalam kuali sampai ringan dan adun dengan minyak sapi yang korang dah panaskan atau cairkan. Adun tepung sampai adunan tu boleh di bentukkan jadi doh yang kecil.
Masa nak campur tepung dengan minyak sapi tu, korang kena masukkan sekali cornflakes yang dah di ramas. Adun je semuanya sekali. Jangan risau, biskut ni dah masak walaupun tak di bakar. Sebab korang dah goreng tepung sampai ringan dan adun pula dengan minyak sapi yang panaș dan sudah dicairkan.
Resepi biskut cornflakes susu tanpa perlu bakar ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan. Viral sampai 7.1k share tau resepi ni. Mesti ramai yang nak cuba kan.
BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA PERLU BAKAR
So, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan biskut cornflakes susu tanpa bakar ni. Tak guna banyak bahan pun, korang cuma perlu guna 5 bahan sahaja!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 cawan tepung gandum (digoreng/disangai)
- 1 cwn minyak sapi+1sdb lagi
- 1 cwn gula kastor
- 2 cwn cornflakes di ramas
- Susu tepung untuk salut
CARA PENYEDIAAN BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA PERLU BAKAR :
▶️ Mula-mula panaskan dan cairkan minyak sapi.
▶️ Goreng tepung sampai ringan dalam 5 minit gitu.
▶️ Tepung tu tak payah sejukkan, terus masukkan gula kastor.
▶️ Masukkan cornflakes dan gaul sebati.
▶️ Kemudian, masukkan minyak sapi.
▶️ Inilah hasilnya.
▶️ Kemudian, bulat-bulatkan.
▶️ Akhir sekali, salut susu tepung. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuey Teow Kungfu Yang Penuh Dengan Lauk Dan Sedap. Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!
Siap! Sejukkan dulu baru susun masuk balang. Simple sangat resepi ni kan. Korang nak buat selain dari hari raya pun boleh. Sesaja nak makan kat rumah sambil tengok movie. Yang suka, mesti tak perasan dah habis sebalang nanti.
Ada macam-macam juga jenis biskut dan kuih muih yang Cik Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan kongsikan di wall Facebook milik beliau. Nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Dan untuk pengetahuan, biskut cornflakes ni antara resepi yang viral beliau kongsikan.
Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi biskut cornflakes susu tanpa perlu bakar ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!