Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Wangi Dan Kambing Grill Yang Cukup Manyelerakan. Hidangan Sepinggan Nasi Yang Sangat Sempurna.

0 2,269

Ada penggemar daging kambing kat sini? Anda patut cuba resepi nasi wangi dan kambing grill yang cukup menyelerakan ini. Nasi yang digabungan dari inspirasi nasi arab dan nasi briani. Rasanya memang dijamin puas hati!

Resepi ini dikatakan sepinggan nasi yang cukup sempurna. Dimana nasi wangi tadi telah dilengkapkan dengan hidangan daging grill yang juicy dan juga gulai kari telur rebus yang pekat. Macam makan kat kenduri rasanya.

Kambing yang akan digrill perlu diperap lama untuk menghasilkan rasa daging yang paling sedap. Manakala nasi pula lebih sesuai menggunakan beras basmathi yang extra panjang. Tekstur nasi yang dimasak nanti kelihatan lebih cantik.

Kebiasaannya kambing akan dimasak kari. Tapi untuk kali ini, kambing dan kari akan dimasak berasingan. Dimana kambing akan di grill, kari pula akan dimasak dengan telur rebus.

Resepi ini telah di cipta sendiri oleh Cik Puan Afy AL Habibi yang juga seorang penggemar kambing. Sehinggakan hampir setiap minggu beliau ingin memasaknya. Nak tahu sejauh mana keenakan resepi ini? Jom ikuti resepinya disini.

 

RESEPI NASI WANGI DAN KAMBING GRILL

Kalau nak guna daging harimau menangis atau batang pinang pun boleh ye. Lagi juicy dan lembut hasil daging yang dimasak. Tapi agak mahal jugak harganya. So, nak guna daging biasa pun takpe. Boleh try beberapa teknik lembutkan daging yang ada.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk nasi :
  • 1 pot beras basmathi ektra panjang
  • 1 sudu besar marjerin @ minyak sapi
  • 1 sudu kecil rempah sup Babas
  • 1/3 kecil seebuk kari
  • Secubit serbuk kunyit
  • 2 helai daun Salam

*Utk edisi baru tak masukkan 3 sekawan

 

Bahan untuk gulai kari telur rebus :
  • 5-6 biji telur ayam (yang sudah direbus)
  • Rempah 3 sekawan
  • 1/3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 cawan air asam jawa (secubit asam + secawan air kosong)
  • 1/2 sudu besar gula melaka @ 1/2 keping manisan kelantan
  • Secubit 2 garam bukit
  • 1 1/2 sudip santan kotak
  • 1/2 sudu kecil kerisik
  • 3 biji bwg merah (saiz syiling 20 sen)*
  • 1 ulas bwg putih kecil*
  • Sehiris nipis lengkuas*
  • Sehiris halia*
  • 2 hiris nipis serai*
  • Secubit ketumbar*
  • Secubit jintan manis*

Bahan untuk kambing grill honey :
  • 3 keping daging kambing (dibersihkan)
  • 2 sudu besar honey bbq
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar gabungan kisaran :
  • Ketumbar
  • Lada hitam
  • Jintan manis

CARA PENYEDIAAN NASI WANGI DAN KAMBING GRILL :
Cara penyediaan nasi wangi :

▶️ Basuh beras dan masak nasi seperti biasa.

▶️ Selepas nasi mengering masukkan setitik 2 air bancuhan pewarna oren di atas bahagian nasi dibeberapa tempat.

▶️ Taburkan setengah genggam kismis. Gaul nasi perlahan-lahan untuk elakkan bijinya patah. Siap nasi wangi!

Cara penyediaan gulai kari telur rebus :

▶️ Kisar semua bahan bertanda * di atas. Kemudian, panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.

▶️ Setelah garing masukkan cili kering kisar dan kacau. Kemudian, masukkan rempah kari. Untuk kelainan rasa pada kari, tambahkan secubit 2 rempah kerutuk.

▶️ Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan. Seterusnya, masukkan pula air asam jawa.

▶️ Masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka atau manisan Kelantan dan garam bukit. Kacau sebati.

▶️ Tutup periuk seketika, biarkan pes mendidih perlahan-lahan hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan santan kotak.

▶️ Tambahkan 1 cawan air dan perasakan dengan garam, gula di peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yg diingini.

▶️ Akhir sekali masukkan kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai.

▶️ Masukkan telur ayam yang sudah dikupas kulitnya. Balik-balikkan secara perlahan. Tutup api selepas rasa sebati. Siap gulai telur kari!

Cara penyediaan kambing grill honey :

▶️ Campurkan semua bahan perapan di atas. Kemudian, perap daging kambing dengan bahan perapan ini selama 15 minit.

▶️ Bakar atas pan selama 10-13 minit sahaja. Perlahankan api boleh tutup pan tersebut dan balik-balikkan kambing.

▶️ Selepas kuah perapan mula mengering, tuang lagi sedikit sos lada hitam atas daging tersebut. Ratakan atas bawah.

▶️ Cukup 10-13 minit tutup api dan kambing grill honey. Sedia untuk diangkat. Tak sedap masak lama-lama nanti daging liat.

▶️ Hidangkan bersama nasi wangi dan gulai telur kari telur rebus!

 

BACA JUGA: Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Yang Meriah. Luarnya Garing Dalamnya Pula Gebu Gitu!

 

Siap untuk dihidang! Meh lah kita makan. Kalau rajin boleh tambahkan dengan lauk acar kenduri sekali. Nak buatnya pun tak susah kan. Purgh! Barulah lagi padu hidangan kita. Cukup lengkap semua rasanya!

Daging yang digrill tidak boleh dimasak terlalu lama. Hasil daging yang dimasak lama, teksturnya akan liat. Potong mood nak makan nanti. Nasi dan gulai dah sedap. Kalau daging liat tak seronok lah nak makan.

Cuba tengok gambar yang beliau kongsikan tu, menggugat keimanankan. So, jangan buang masa lagi. Yang belum cuba, kena beli barang memasak cepat. Semoga resepi nasi wangi dan kambing grill ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open