Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Snow Almond Cookies Atau Badam Salju. Salah Satu Kuih Raya Yang Menjadi Kesukaan Ramai. Sedap Sangat!
Snow almond cookies atau juga dikenali sebagai badam salju merupakan biskut hari raya yang pastinya disukai ramai. Sama seperti almond london ianya juga laku keras dijual kerana biskutnya disaluti coklat yang mewah dan disukai ramai.
Bila menjelang bulan ramadhan, pasti semakin banyak tempahan kuih raya dibuat. Kekadang dah tempah tak sempat nak siap, nak beli kat luar habis pula. Jadi, apa kata anda ambil tahu resepi biskut badam salji ini melalui perkongsian disini.
Bila buat sendiri dirumah, pastinya anda lebih puas hati. Tak susahpun cara penyediaanya. Bila buat kuih raya dirumah ada juga lah terselit memori bahagia bersama keluarga.
Biskut ni salah satu biskut yang laku keras dijual secara online dan offline. Tak rugi untuk anda belajar cara membuatnya. Manalah tahu boleh buat niaga satu hari nanti. Bergunalah resepi ni buat anda semua.
Apa kata kita lihat perkongsian di facebook Cik Puan Nor Azliza Mohamed tentang bagaimana cara penyediaan biskut femous ini. Yang suka baking kuih raya, pasti nak cuba resepi ini kan.
RESEPI SNOW ALMOND COOKIES ATAU BADAM SALJU
Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaanya. Nak buat berapa banyak pun boleh.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A :
- 260g butter
- 150g gula castor
- 1 sk esen vanila
- 50g serbuk badam
Bahan B :
- 300g tpg gandum
- 50g tpg custard
- 50g susu tepung
- 40g tpg jagung
Bahan hiasan :
- Coklat masakan (dicairkan cara double boiler)
- Serbuk roti putih (untuk menyalut)
CARA PENYEDIAAN SNOW ALMOND COOKIES ATAU BADAM SALJU :
▶️ Pukul bahan A hingga berkrim.
▶️ Masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
▶️ Canai dan terap dengan acuan yang digemari.
▶️ Susun dalam loyang, dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
▶️ Setelah bakar, sejukkan biskut.
▶️ Celup biskut kedalam coklat masakan yang dicairkan dengan cara double boiler.
▶️ Golekkan biskut kedalam serbuk roti (breadcrumb).
▶️ Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Pandan Ala Thai Yang Sedap. Aroma Bau Daun Pandan Segar Yang Cukup Menyelerakan!
Simple je cara buatnya. Walaupun tak dapat beraya macam tahun sebelumnya, anda boleh je buat kuih raya homemade yang penting anak-anak tak sedih sangatlah tak dapat raya macam biasa.
Yang paling penting buat kita sekarang ni, berdoa dan jaga SOP. Semoga negara kita cepat bebas dari covid-19. Kita akan bebas satu hari nanti. Pasti semua rindu nak balik kampung kan.
Okey tak nak cakap panjang lagi, resepi snow almond cookies pun dah ada. Bolehlah anda cuba buat dirumah. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!