Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lepat Cendol 2in1. Gabung Sekali Dengan Lepat Jagung Pulak Tu. Memang Sedap!

0 127

Sebelum ni pernah buat lepat cendol. Sebab jumpa resepi dia kat Facebook. Hari ni jumpa pulak resepi lepat cendol 2in1. Siap ada jagung lagi. Nampak menarik resepi ni. Sempat la kalau nak buat untuk minum petang hujung minggu ni.

Sepatutnya nak buat lepat ni kena masuk dalam daun pisang. Tapi zaman modern sekarang ni lepat dalam loyang pun ada. Lagi senang kerja korang banding guna daun pisang. Takpe je, takde la susah orang bandar nak buat lepat lepas ni kan.

Lepat ni ada macam-macam tau! Ada lepat ubi, lepat pisang, lepat labu dan macam-macam lagi. Hari tu ada share lepat cendol, sekarang dah keluar resepi lepat cendol campur jagung pulak. Nampak sedap dan wajib korang cuba.

Resepi lepat cendol 2in1 ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hamizah Yatim. Lain dari yang lain lepat kita kali ni. Kuih lepat zaman sekarang banyak dah di pelbagaikan. Semua pun ada rasa enaknya tersendiri.

Penggemar lepat kena cuba resepi ni kat rumah. Takde daun pisang pun takpe ye. Kita boleh je guna l’oyant atau bekas plastik yang bertutup tu. Makan lepat ni sejuk atau panas pun sedap. Terpulang ikut citarasa masing-masing.

 

RESEPI LEPAT CENDOL 2IN1 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lepat cendol ni. Mudah, simple dan semestinya sedap. Rujuk step penyediaannya di bawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 plastik cendol
  • 1cwn tepung jagung
  • 1cwn gula
  • 1cwn santan segar
  • 3 cwn air
  • 1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN LEPAT CENDOL :

▶️ Ambil 1 plastik cendol dan tos airnya. Kemudian, ketepikan.

▶️ Dalam kuali, masukkan tepung jagung, gula, santan segar, air dan sedikit garam.

▶️ Kacau sebati bahan dalam kuali, baru bukak api.

▶️ Masak sampai meletop-letop dan tutup api.

▶️ Masukkan cendol dan kacau sebati.

▶️ Masukkan dalam daun pisang dan bungkus.

▶️ Kalau takde daun pisang, boleh masukkan dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.

▶️ Simpan dalam peti ais.

▶️ Kalau nak gantikan jagung manis pun sama je resepinya.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Viral Thai Omelette Paling Sedap. Hidang Sekali Dengan Prik Nam Pla Lagi Sedap!

 

Finally siap pun lepat cendol 2in1 kita. Sedap giler! Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan. Resipi pun tak susah mana. Follow step by step confirm menjadi! Yang suka makan lepat sejuk, boleh masuk dalam peti dulu.

Masak lepat ni tak perlu nak kukus pun. Masak dalam kuali je dan tuang dalam bekas atau sendukkan dalam daun pisang. Senang! Tak renyah mana pun. Nak hidang time ada majlis kenduri kat rumah pun sesuai. Mesti ramai yang suka.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hamizah Yatim kerana sudi berkongsi resepi lepat cendol 2in1 ni kat Facebook. Siap gabung dengan jagung lagi. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open