Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Biskut Mazola Atau Biskut Kacang Tanah Yang Rangup Dan Sedap. Biskut Lagend Yang Pasti Ramai Suka!
Resepi biskut mazola atau juga dikenali sebagai biskut kacang tanah merupakan kuih tradisi yang sering dijadikan menu bila tiba hari raya. Ianya sudah tentu menjadi kegemaran para tetamu yang datang.
Bahan utama yang digunakan dalam biskut ini adalah kacang tanah. Yang mana ianya akan disangai terlebih dahulu dan dibuang kulitnya sebelum dikisar halus dan dicampur dengan bahan lain.
Rasanya yang rangup cukup disukai ramai. Selain hidangan ketupat dan rendang pastinya kuih muih seperti biskut mazola akan dihidangkan diatas meja. Tak lengkap hidangan pagi raya bila tidak dihidangkan biskut raya.
Cara penyediaanya sangatlah mudah. Sudah pasti sesiapa sahaja mampu membuatnya. Perkongsian resepi biskut mazola ini adalah dari seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nadirah Mahamad.
Pasti ramai penggemar biskut ini yang akan mencubanya dirumah. bila buat kuih raya teringat pula bila pulang kekampung beramai-ramai. Sempat je malam raya tu buat biskut raya. Yang penting tengah happy dengan ibu ayah dan adik beradik.
RESEPI BISKUT MAZOLA
Ok, tak nak lah sambil baca sambil berlinangan air mata kan. Apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi biskut mazola ini dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan kacang tanah
- 2 1/4 cawan tepung MFM paling halus/ guna tepung gandum + 1 sk baking powder
- 2 sb minyak sapi atau butter
- 1/2 cawan gula yang telah diblender halus
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla
- 1/2 cawan minyak jagung/ mazola (kalau takde guna minyak masak pun boleh)
CARA PENYEDIAAN BISKUT MAZOLA :
▶️ Mula-mula sangaikan kacang tanah, buangkan kulit dan kisar sehingga halus.
▶️ Kemudian gaul rata semua bahan yang diperlukan termasuk kacang tanah yang sudah di kisar tadi kecuali minyak jagung atau mazola.
▶️ Tuangkan minyak jagung atau mazola sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh hingga tidak melekat pada tangan.
▶️ Canaikan dan terap ikut acuan kesukaan anda dan susun biskut atas tray yang telah disapu butter.
▶️ Sapukan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning dibahagian atas.
▶️ Kemudian, letakkan almond slice atau kacang sebagai hiasan.
▶️ Panaskan oven pada suhu 170C selama 5 minit.
▶️ Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
BACA JUGA: Resipi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Penang Style. Gerenti Sedap Rugi Tak Mencubanya!
Simple je kan. Kalau tak suka nak banyak kerja, malas nak sangai kacang, buang kulit tu semua. Anda boleh je beli kacang tanah yang dah siap kisar. Pasti lebih mudah dan lebih express.
Biskut mazola ni ada pelbagai bentuk tapi rasanya tetap sama tau. Kalau yang asli bulat je, tapi ikutkan kreativiti dan nak nampak cantik boleh je guna acuan berbunga-bunga.
Resepi pun dah ada, kerajinan dan masa je yang akan tentukan samada anda nak cuba atau tak resepi ni. Benda boleh buat, buat apa nak beli kan. Semoga resepi biskut mazola ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!