Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Cek Mek Molek Kelantan. Garenti Jadi!
Orang pantai Timur mesti tahu ni kuih apa kan. Haa, kuih cek mek molek ni memang famous di Kelantan dan sedap dimakan waktu panas-panas. Tapi kena hati-hati kalau tidak melecur kita dibuatnya.
Nak buat kuih cek mek molek ni nampak je mudah, tapi silap buat memang boleh jadi tak sedap dan hilang selera nak makan. Adunan terlalu jeras, ubi keledek yang digunakan tak elok, nanti effect pada rasa kuihnya tau.
Oleh itu, dalam perkongsian kali ni, saya nak share resepi daripada facebook milik MamaMia ni. Nampak berselera betul hasil kuih cek mek yang dibuatnya.
Nak buat kuih ni wajib ada ubi keledek oren ni. Ada yang pernah gunakan ubi keledek purple juga tapi nak rasa yang original wajib cari yang oren ni. Barulah sedap dan menjadi.
Selain cek mek, nak buat kuih cucur badak dan inti karipap pun boleh gunakan ubi keledek oren ni. Jadi, jika ada lebih boleh buat beberapa jenis kuih. Saje lah nak asah bakat buat kuih kampung ni kan. Hehe
RESEPI CEK MEK MOLEK PANTAI TIMUR
Sekarang ni tak perlu sampai ke pantai timur dah nak makan kuih cek mek ni. Sekalipun tak pandai buat, ramai dah yang jual pagi-pagi.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg ubi keledek oren
- 1 ¼ cawan tepung gandum
- 1 sudu makan amrjerin
- 1 sudu kecil garam
- Gula pasir
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN CEK MEK MOLEK :
▶ Mula-mula sekali, rebus ubi keledek sampai empuk.
▶ Satukan ubi dengan marjerin dan garam. Lenyekkan sampai hancur
▶ Bila dah hancur, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sampailah jadi doh yang lembut dan tak melekat dekat tangan
▶ Oles minyak dekat tangan, ambik sedikit adunan dari doh besar tadi. Ada yang timbang dalam 30 gram setiap satu doh kecil.
▶ Ambil satu, leperkan atas tapak tangan. Masukkan 1 sudu kecil gula di bahagian tengah.
BACA JUGA: Resepi Sambal Udang Petai Berapi. Yang Suka Petai, Wajib Cuba!
▶ Tutup semula dan bentukkan menjadi bujur. Buat sampai habis adunan.
▶ Panaskan minyak, dan goreng sampai warna jadi keemasan.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Bila dah siap, boleh hidangkan untuk minum petang. Serious sedap bila makan suam tu. Luarnya masih garing, bahagian dalam lembut dan air gulanya tak terlalu panas.
Kuih yang ada gula di bahagian dalam ni, mesti terbayang kuih cara kan. Tapi, berbeza cara buat dan masaknya. Kalau ada yang baru je tahu macam mana nak buat kuih cek mek ni. Bolehlah cuba buat untuk keluarga nanti.
Saya ucapkan selamat mencuba buat anda semua yang nak mencuba!