Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Nak Tips Masak Mee Goreng Basah Paling Sedap? Jom Cuba Resepi Ni. Confirm Nak Lagi!

0 321

Nak belajar beberapa tips masak mee goreng basah yang sedap? Kena follow resepinya disini. Confirm puas hati! Terpikat encik suami rasa air tangan isteri masak mee goreng basah sesedap ini.

Musim PKP ni tak bolehlah nak makan mee goreng basah kat luar. Semua nak kena buat kat rumah je. kalau tak PKP, musim bola hari tu dah ramai yang lepak mamak. Bukan je roti canai yang dimakan, semua jenis mee ada je yang order.

Antara tips nak dapatkan rasa enak pada mee goreng basah adalah gunakan sos yang mencukupi, jangan kedekut bahan-bahan ye. Kedua, kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap gile!

Tips seterusnya, penggunaan bawang putih kenalah dalam kuantiti yang banyak. Tumbuk kasar je. Aromanya menyengat!  Akhir sekali, masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa!

Semua tips ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Suhasnida Ismail. Beliau juga telah berkongsi resepi mee goreng basah ini di Facebook buat semua penggemarnya. Tak cuba maka tak tahu sejauh mana keenakan resepi ini kan.

 

RESEPI MEE GORENG BASAH

Mee goreng basah ni boleh dipelbagaikan lauknya. Selain menggunakan ayam, anda juga boleh masukkan seafood seperti udang dan juga sotong. Untuk sayur pula, mee goreng kebiasaannya dihidang dengan sayur sawi. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 peket mee kuning
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar

 

Bahan lauk : 
  • Ayam cincang
  • Udang
  • Daging
  • Telur
  • Sawi
  • Tomato

 

Bahan sos dan perasa : 
  • Sos danPerasa
  • 5 tbsp sos cili
  • 1 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2 tsp ajinomoto (Optional)
  • 1/2 cawan air

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG BASAH :

▶️ Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.

▶️ Masukkan bawang holland dan cili kering kisar. Kacau rata.

▶️ Masukkan ayam dan tumis lagi.

▶️ Letak sedikit air dan semua jenis sos satu persatu. Jangan kedekut tau!

▶️ Kemudian, masukkan udang dan kacau lagi.

▶️ Pecahkan telur dan masukkan mee.

▶️ Masukkan sayur dan kacau sebati. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Cara Berlauk Inti Daging Yang Paling Enak. Mudah Sangat Buatnya!

 

Makan panas-panas dengan telur mata boleh terangkat dibuatnya. Sesetengah orang lebih suka makan mee goreng basah dengan perahan limau nipis. Selain rasanya yang pedas, mee goreng basah ini juga disedapkan dengan sedikit rasa masam.

Untuk menghilangkan bau kapur pada mee pula. Anda boleh membilas atau merendam mee terlebih dahulu. Tak semua orang suka dengan bau kapur yang ada pada mee ni.

Lepas ni tak perlu lepak diluar lagi untuk makan mee goreng basah. Masak je dirumah! Lelaki perempuan boleh masak. Wajib guna tips yang beliau kongsikan untuk dapatkan rasa mee goreng basah yang sedap. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open