Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Cara Berlauk Inti Daging Yang Paling Enak. Mudah Sangat Buatnya!

0 1,031

Pernah cuba resepi kuih cara berlauk? Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang pasti ramai penggemarnya. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan berlemak disamping mempunyai lauk dibahagaian atasnya.

Selain menggunakan daging cincang, kuih cara juga boleh diintikan dengan ayam cincang. Pelbagai rasa yang ada pada kuih cara ini. Seperti pedas dari hirisan cili, garing dari daun bawang dan lemak manis dari adunan kuih cara itu sendiri.

Bentuk kuih cara kecil dan boleh dimakan sekali suapan. Kuih cara juga biasanya terhidang dimajlis keramaian, kenduri kendara ataupun dimajlis bebuka puasa. Di bulan ramadhan, kuih ini sememangnya mendapat permintaan yang tinggi.

Terdapat dua jenis kuih cara iaitu kuih cara berlauk dan kuih cara manis. Cara bancuhan adalah sama sahaja dengan kuih cara manis, cuma ada harus sediakan inti pilihan yang anda suka.

Kuih cara berlauk ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Nur Haziqah melalui laman Facebooknya. Lepas ni dah boleh buat kuih cara homemade. Nak buat banyak mana pun boleh dan dihidang untuk minim petang anda bersama keluarga.

 

RESEPI KUIH CARA BERLAUK

Sebut je kuih cara, semua orang tahu keenakan kuih ini. Terbayang warna kuningnya, ditambah pula dengan inti lauk daging yang pedas berempah. Sedap sangat! Jom kita follow step by step cara penyediaannya disini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk inti daging :
  • 100gm daging cincang
  • 1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1 sb rempah kari daging (dibancuh dengan 3 sb air panas)
  • Daun sup
  • Gula dan garam secukupnya

 

Bahan untuk kuih cara :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sb kunyit atau sedikit pewarna kuning
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN KUIH CARA BERLAUK :
Cara penyediaan inti daging :

▶️ Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.

▶️ Dah pecah minyak masukkan daging, daun sup, gula dan garam. Masak sehingga daging kering

Cara penyediaan kuih cara :

▶️ Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.

▶️ Sapu minyak pada pan dan panaskan atas api kecil.

▶️ Bila pan dah panas tuangkan adunan kuih cara.

▶️ Kemudian, letak daging, daun sup / daun bawang dan juga cili.

▶️ Masak atas api kecil. Cucuk lidi, kalau tak melekat maksudnya kuih cara kita dah masak.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Minyak Terengganu Dengan Kermok Daging Dan Acar Merah. Ala-Ala Makan Kenduri Tau!

 

Siap untuk dihidang! Wow special pula minum petang hari ni. Dapat kuih cara berlauk. Antara kuih cara manis dan kuih cara berlauk, yang sering mendapat perhatian dan disukai ramai adalah kuih cara berlauk.

Dibazar ramadhan, kuih ini antara kuih yang laku keras dijual, masa berbuka sesuai sangat dimakan untuk alas perut sebelum solat. Kalau nak makan banyak terus, termutah juga nak solat nanti.

Lepas ni nak makan kuih cara berlauk boleh buat secara homemade. Tak perlu beli diluar lagi. Semoga resepi kuih cara berlauk inti daging ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open