Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Gulai Kerutub Daging Kelantan Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Sangat Buat Makan Pagi!

0 211

Lama jugak dulu aku duduk kat Kelantan. Tapi tak pernah sekali pun dapat makan gulai kerutub daging. And tak pernah tahu pun rasa lauk ni macam mana. Orang kata resepi gulai kerutub daging Kelantan ni sedap buat makan pagi. Jom la kita try buat kat rumah.

First datang semenanjung dulu, aku terus datang ke Kelantan. So, memang sedikit pelik dengan cara orang kat sana sarapan pagi. Sebab kat tempat aku, jarang-jarang jumpa orang sarapan pagi makan makanan yang berat macam nasi. Tapi kat Kelantan, nasi jadi pilihan utama.

Apa yang aku tahu, orang belah Pantai timur ni masak kari lain sikit. Kari tu di panggil sebagai gulai. Dan tak guna rempat kari biasa. Ada rempah gulai khas yang digunakan untuk masak gulai ni. Contohnya gulai ayam. Gulai ayam belah Pantai timur memang sedap berbanding masak kari kita. Tu bagi pendapat aku la.

Hari ni aku saja je cari resepi lauk-lauk yang simple dan mudah dibuat. Tapi berasaskan daging. Sebab daging ada lagi kat peti. Terus terjumpa pulak resepi gulai kerutub daging Kelantan ni kat Facebook Encik Kunije Tnije. Nampak menarik! Tapi, tu la takde rempah pulak. Takpe aku share je kat korang dulu.

Orang Pantai timur yang sekali sekala balik kampung tu, boleh la balik beli banyak-banyak rempah gulai kat sana. Senang nak masak kat bandar nanti. Follow-follow je resepi dia kat sini. Boleh la buat lepas craving gulai kerutub daging mak korang nanti.

RESEPI GULAI KERUTUB DAGING

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan daging kerutub ni. Bahan-bahan seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Daging 1kg potong besar-besar dan tebal
  • Santan 250ml
  • Bawang merah kecil 10 ulas hiris halus
  • Bawang putih 5 ulas hiris
  • Halis 1 inci hiris
  • Rempah 3 serangkai
  • Rempah kerutub

 

Bahan kisar :
  • Bawang merah besar 2 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Lengkuas 1 inci
  • Kerisik
  • Asam keping
  • Nisey 1 keping

CARA PENYEDIAAN GULAI KERUTUB DAGING : 

▶️ Hiris semua bahan tadi.

▶️ Panskan minyak dan masukkan bahan hiris hingga naik bau.

▶️ Masukkan bahan blend bersama rempah kerutub. Biar pecah minyak.

▶️ Masukkan dging. Biar pecah minyak dan air daging keluar.

▶️ Masuk santan nisey. Perlahan kan api.

▶️ Kacau sentiasa hingga mendidih.

▶️ Masuk kerisik dan asam keping.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Talam Labu Manis Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Sangat Buat Minum Petang!

 

Ya ampun! Mudahnya cara buat kerutub daging ni. Okey persoalannya, aku boleh je kan masak kerutub ni tanpa guna rempah khas dari Kelantan. Rempah kerutub ada je jual kat pasaraya. Guna yang tu pun boleh juga. Mungkin rasanya sahaja sedikit berbeza dengan rempah khas dari Pantai timur. Betul tak?

Sesetengah orang panggil kerutub, sesetengah lagi panggil kerutuk. Tapi bila aku google, nama lauk ni sebenarnya di panggil sebagai kerutuk. Bukan kerutub ye! Mungkin bunyi sleng tu terikut sekali. Kang cari rampah kat pasar tak jumpa pulak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Kunije Tnije kerana sudi berkongsi resepi gulai ketutub daging Kelantan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open