Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Risollers Sayur Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Sos Cili Lagi Sedap Weh!

0 64

Nah, resepi risollers sayur untuk korang cuba buat kat rumah. Memang sedap. Teksturnya rangup di luar dan lembut di dalam. Risollers atau risoles ni boleh dibuat pelbagai intinya. Terpulang ikut citarasa masing-masing. 

Sekali pandang ingatkan guna kulit popia. Rupanya kena jugak kita buat adunan tepung untuk buat crepe. Buat nipis-nipis je, senang nak gulung nanti. Lepas tu salut pulak dengan serbuk roti, baru la di goreng. Dari luar nampak macam corndog tau. 

Risolles ni kita boleh pelbagaikan intinya. Contoh inti ayam, inti daging, seafood dan jugak sayur. Siap boleh frozenkan lagi. So, time nak makan nanti tinggal goreng je. Risolles ni sesuai sangat dihidang untuk breakfast dan minum petang. 

Risollers yang kita nak buat kali ni menggunakan sayur. Boleh letak kubis, carrot, taugeh dan kacang buncis. Hidang panas-panas dengan cicahan sos memang sedap ye. Anak-anak pun berebut nak makan. Sampai tak cukup seketul dua dibuatnya. 

Resepi risollers sayur ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Bunda Nadiah. Mudah dan sedap! Ramai jugak penggemar kuih ni. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila nak makan, korang tinggal goreng je. 

RESEPI RISOLLERS SAYUR 

Tak nak buang masa lagi, mesti tak sabar nak cuba resepi ni kat rumah nanti kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan risollers sayur ni. Rujuk resepi di bawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 300 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung ubi
  • 2 bj telor
  • 1/2 sd garam
  • 650 gram air
  • 2 sd besar minyak masak
*Kacau semua bahan, lepastu tapiskan. Masak guna pan ye, nipisnya ikut pan memasing.

Bahan untuk inti sayur : 
  • Kacang panjang/buncis
  • Kobis
  • Carot
  • Tauge
  • Daun sup

*Hiris halus semua sayur.

 

Bahan-bahan lain : 
  • Semangkok daging ayam (dicincang halus)
  • 6 bj bawng merah kecil
  • 4 bj bawang putih
  • 1 sd lada putih
  • 6 bj cili padi
  • 2 sd ikan bilis

*Tumbuk halus semua bahan.

 

CARA PENYEDIAAN RISOLLERS SAYUR : 

▶️ Tumis bahan di atas dan masukkan sayur. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.

▶️ Gulungkan sayur dengan kulit risoll.

▶️ Celupkan dengan telur dan gelekkan ke serbuk roti.

▶️ Goreng dengan api sederhana.

 

BACA JUGA : Cara Buat Homemade Mango Ice Cream Yang Simple Dan Sedap. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!

 

Dah siap pun risollers sayur kita. Wow! Rangup kat luar dan lembut kat dalam. Nak campur sayur ni dengan daging atau isi ayam pun boleh ye. Yang macam ni pun dah sedap sangat. Anak-anak siap boleh bawak risollers ni pegi sekolah untuk bekal masa rehat nanti. 

Nak buat kulit risoll tu mudah je. Boleh guna crepe maker yang ada jual kat Shopee. Beli yang macam tu lagi senang korang nak buat kulit risoll nanti. Kalau nak guna pan yang leper pun boleh. Terpulang ikut keselesaan masing-masing. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Bunda Nadiah kerana sudi berkongsi resepi risollers sayur yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga hasil perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open