Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sloppy Joe Casserole Paling Sedap. Wajib Cuba Menu Ni Untuk Dinner!

0 125

Haa, ni dia resepi sloppy joe casserole. Nampak macam bread lasagna kan tapi bukan dia sebab menu ni tak guna telur dan susu. Lagipun roti nya ranggup di bahagian atas. Sesuai untuk hidangan sarapan dan minum petang.

Sloppy joe casserole ni menggunakan roti gardenia. Yang mana intinya di masak atau di tumis dahulu sebelum di bakar lagi sekali bersama roti. Boleh menggunakan inti ayam kisar, boleh jugak menggunakan daging kisar. 

Lepas ni takde la roti gardenia korang expired dan tak habis macam tu je. Kalau dah bosan makan dengan jem, try buat sloppy joe casserole ni. Anak-anak pun berebut nak makan. Licin pinggan dibuatnya. 

Resepi sloppy joe casserole telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hidayati Hana. Nampak sebijik macam brand lasagna kan. Tapi ni sebenarnya resepi olahan ye. Cuba la kat rumah nanti. 

Makan sloppy joe casserole ni panas-panas. Sebab cheese nya masih mencair. Sekali senduk, cheese pun auto tertarik. Fuh! Sedap weh. Boleh guna cheese mozzarella atau slice cheese. 

RESEPI SLOPPY JOE CASSEROLE  

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sloppy joe casserole ni. Step memasak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Roti gardenia secukupnya
  • Butter/ mentega
  • Isi ayam kisar (guna separuh)
  • Mixed vege
  • Mustard (optional)
  • 1 biji bwg holand (dadu)
  • 3 ulas bwg putih
  • Capsicum hijau n kuning (di potong dadu)
  • Cili flakes/ serbuk cili
  • Persley flakes (optional)
  • 4 sdb sos tomato/ sos prego
  • 2 sdb sos cili
  • Cheese mozarella/ cheese slice
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SLOPPY JOE CASSEROLE : 

▶️ Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang. 

▶️ Bila bawang dah layu masukkan ayam kisar, cili flakes dan parsley flakes.

▶️ Masukkan sos tomato, sos cili dan mustard. Gaul sebati masukk mixed vege dan capsicum.

▶️ Perasakan dengan garam. Biarkan masak dan ketepikan.

▶️ Ambil roti dan sapu dengan butter.

▶️ Potong 2 dan susun dalam bekas atau loyang.

▶️ Pastikan roti yang disapu dengan butter di bahagian bawah.

▶️ Letakkan inti dan cheese.

▶️ Ulang letak roti, inti dan cheese sampai habis. Jika suka boleh letak sos cili dan mayo semasa nak bakar.

▶️ Bake dalam oven suhu 160 selama 25 minit.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Coklat Butter Pudding. Makan Dengan Sos Kastard Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

 

Dah siap pun sloppy joe casserole kita ni. Kalau guna cheese mozarella lagi sedap sebab ada elemen tarik-tarik gitu. Dalam resepi ni kita guna cheese slice je. Boleh gantikan kalau suka. 

Memang tak rugi cuba buat sloppy joe casserole. Bosan-bosan makan roti dengan jem, boleh la masak roti gardenia korang jadi macam ni. Makan panas-panas lagi best ye. Confirm sekali je korang cuba, pasti nak lagi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepala Cik Puan Hidayati Hana kerana sudi berkongsi resepi sloppy joe casserole yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open