Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Tembikai Yang Cantik Untuk Majlis. Sedap Makan Puding Ni Sejuk-Sejuk!

0 86

Cute giler puding tembikai yang dibuatnya guna acuan segi tiga ni. Terus puding kita sebijik macam bentuk tembikai yang dah di tutup. Ni dia resepi puding tembikai yang cantik dan sedap untuk korang.

Puding ni jugak dihasilkan sebijik macam tembikai yang di potong. Ada 3 warna, hijau, merah dan putih. Siap ada bentuk biji tembikai pulak tu. Mesti korang terfikir yang puding ni susah nak buat kan. 

Nak buat puding sebijik macam tembikai ni takde la susah sangat. Kena bahagia bahan siap-siap kepada 3 bahagian. Makan puding ni sejuk-sejuk keluar peti lagi sedap. 

Resepi puding tembikai yang cantik dan sedap ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mas Cotek. Ikut step-step dia confirm menjadi. Jangan derhaka resepi ye. Nanti tak jadi pulak. 

Puding ni sesuai dijadikan pencuci mulut bila ada majlis di rumah. Nak jadikan potluck ke office pun sesuai. Mesti ramai teruja tengok puding secantik ini. Nak makan pun rasa sayang kan.

RESEPI PUDING TEMBIKAI 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan puding tembikai ni. Step penyediaan seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :  
  • 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
  • 4 cwn air

 

Bahan B : diblend
  • 3 keping roti putih gardenia
  • 1 biji telur
  • 1/4 cwn gula
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb mentega/margerin
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/2 sdt perisa rose golden lion + 1/2 sdt bright red
  • 1/2 sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand

 

Bahan-bahan lain : biji-biji tembikai
  • Cincau
  • Bijan hitam
  • Selasih
  • Coklat chip
  • Coklat rice
*Terpulang nak masukkan banyak mana.

CARA PENYEDIAAN PUDING TEMBIKAI : 

▶️ Masak bahan A sehingga larut. Perlahankan api.

▶️ Masukkan pulak bahan blend dan kacau sebati.

▶️ Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih atau naik wap. Tutup api.

▶️ Untuk loyang 8×8, ambil 1 cwn adunan puding diwarnakan hijau.

▶️ Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

▶️ Cakar dengan garpu permukaan puding.

▶️ Ambik 3/4 cwn adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau dan sejukkan.

▶️ Cakar jugak permukaan puding.

▶️ Adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam. Terpulang nak banyak mana.

▶️ Tuang merah ke atas lapisan asal. Kemudian, sejukkan.

▶️ Siap dan sedia dihidangkan.

▶️ Untuk loyang segi 3 ni ada je jual di bakery. Tuang merah, warna asal dan akhir sekali hijau. Ikut langkah-langkah yang sama. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sloppy Joe Casserole Paling Sedap. Wajib Cuba Menu Ni Untuk Dinner!

 

Kat resepi ni ada kesilapan sikit mengikut opah. Sepatutnya lapisan tengah tu lebih nipis dari lapisan hijau. Hijau tebal baru cantik. Sebijik macam buah tembikai. Korang pandai-pandai la adjust nanti. 

Untuk buat biji tembikai tu pulak. Korang boleh je letak mana-mana bahan antara cincau, bijan hitam, selasih, coklat chip dan coklat rice. Yang mana-mana pun boleh. Ikut suka masing-masing. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mas Cotek kerana sudi berkongsi resepi puding tembikai yang cantik dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open