Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayaq Asam Manggis Yang Simple Dan Padu. Confirm Terliurlah Dibuatnya!
Banyak buah manggis jual kat tepi jalan sekarang ni. Apa kata hari ini kita cuba resepi simple ayaq asam manggis yang padu rasanya. Sesuai sangat dimakan dengan ikan bakar dan ulam-ulaman.
Menu ini sangat simple dan mudah dibuat. Hanya sebagai pencicah lauk atau penambah rasa dalam hidangan. Ala-ala makan sambal belacan. Tapi resepi ni menggunakan buah manggis sebagai bahan utamanya.
Siapa sangka buah manggis boleh dijadikan pencicah kan. Resepi ini mengguna beberapa bahan sahaja dalam penyediaannya. Untuk mendapatkan rasa yang lebih pedas, anda boleh campurkan dengan cili merah.
Resepi ayaq asam manggis ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Yunk Mardhiah. So, sementara musim buah ni, apa kata anda semua mencuba resepi yang cukup menyelerakan ini. Harga manggis pun tengah murah sekarang ni!
Kalau plan nak makan ikan bakar mesti ada pencicahnya kan. Guna resepi ni je. Confirm terangkat dibuatnya! Rasa pedas, masam, masin semua ada. Boleh dibuat cair dan juga pekat terpulang pada masing-masing.
RESEPI AYAQ ASAM MANGGIS
Sesetangah orang, setiap kali nak makan kena ada pencicah. Contohnya cili kicap, sambal belacan, budu, cincalok dan macam-macam lagi. Kalau nak cuba resepi pencicah yang lain dari yang lain, boleh sangat cuba resepi ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Buah manggis
- Bawang besar
- Cili hijau
- Belacan bakar
- Air asam
- Garam
CARA PENYEDIAAN AYAQ ASAM MANGGIS :
▶️ Kopek buah manggis dan masukkan dalam mangkuk.
▶️ Hiriskan bawang besar.
▶️ Potongkan juga cili hijau untuk dapat rasa pedas.
▶️ Ambil sedikit belacan yang sudah dibakar.
▶️ Ramas bersama air asam jawa.
▶️ Tuangkan kedalam mangkuk manggis tadi.
▶️ Perasakan dengan sedikit garam.
▶️ Gaul-gaul dah siap!
BACA JUGA: Resepi Kuah Oden Homemade. Sedapnya Kalah Oden Yang Jual Kat Family Mart!
Selain dimakan dengan ulam-ulaman dan juga ikan bakar. Ayaq asam manggis ini juga sedap dimakan dengan terung bakar. Cuma perlu bakar terung atas dapur gas dan buang kulit hitamnya sahaja.
Buah manggis ni ramai penggemarnya. Nak dapat pun tak mudah sebab ikut musim. Harga 5 kilo boleh dapat RM20 tau sekarang ni. Murah sangat! Ambil sikit untuk buat menu ringkas ayaq asam manggis ni.
Terliur dibuatnya! Lihat saja pada perkongsian Cik Puan Mardhiah, rasa kecur liur jadinya. Jom ramai-ramai cuba resepi ni. Semoga resepi ayaq asam manggis ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!