Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Coklat Butter Pudding. Makan Dengan Sos Kastard Sejuk-Sejuk Memang Sedap!
Siapa pernah cuba resepi kek coklat butter puding. Fuh! Dengan tang nama je, dah terasa keenakan dessert ni. Cuti-cuti ni boleh la cuba buat kek ni kat rumah. Boleh la buat sejuk dan maniskan tekak nanti.
Yang dah pernah makan dessert kek coklat butter pudding ni mesti dah fall in love kan. Siap bertambah orang dalam rumah dibuatnya. Diet pun hilang sebab makan dessert sesedap ini.
Resepi ni menggabungkan 2 hidangan iaitu kek dan pudding. Seperti yang kita tahu, puding yang sedap mastilah di lawankan dengan sos kastard. Sama jugak macam resepi ni. Kena sedia sos kastard baru la perfect hidangan kita.
Asalnya resepi ni adalah resepi bread butter pudding. Tapi telah diolah oleh Cik Puan Syasyaa Nuraidaa melalui perkongsiannya di Facebook. Makan dengan sos kastard sejuk-sejuk memang sedap ye. Rugi tak cuba.
Jangan buat selalu ye korang yang nak diet. Sekali sekala boleh la. Tapi korang yang tak naik-naik berat badan makan apa pun. Wajib cuba resepi ni. Resepi lengkap dan mudah nak faham.
RESEPI KEK COKLAT BUTTER PUDDING
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kek coklat butter pudding ni. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan pudding :
- 3 cawan susu segar full cream
- 3 sudu besar gula
- 3 biji telur
- Sedikit esen vanila
Bahan sos kastard :
- 1 tin susu cair
- 2 sdb tepung kastard
- ½ cawan air
- 3-4 sudu gula
- Esen vanila
CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT BUTTER PUDDING :
▶️ Whisk semua bahan sebati. Nak guna blender atau mixer pon boleh.
▶️ Sapukan loyang dengan butter. Kemudian, susun kepingan kek coklat dalam loyang. Setiap layer kek tu sapu butter.
▶️ Tuang adunan susu tadi kedalam loyang kek. Bakar 150-170 selama 30-40 minit. Ikut suhu oven masing-masing ye.
▶️ Campur semua bahan dalam periuk, lepastu kacau sampai tepung larut dan sebati. Buka api kecil dan sambung kacau.
▶️ Bila dah menggelegak dan nampak pekat boleh la tutup api dan sejukkan. Siap!
BACA JUGA : Resepi Sup Tulang Thai Ala Kedai Makan. Sesuai Sangat Buat Hidangan Makan Malam!
Untuk yang tanya manis ke tak sebab guna kek coklat. Seriously manis dia just nice memang sedap! Tak muak makan. Lagi-lagi bila dihidang sejuk keluar dari peti ais. Confirm bertambah-tambah dibuatnya!
Rasa macam makan dessert kat hotel dan restoran mahal pulak. Rasa-rasa, berapa harga dessert ni kalau jual kat luar ye. Mesti mahal kan. Elok buat sendiri lagi puas hati. Mudah, simple dan semestinya sedap.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Syasyaa Nuraidaa kerana sudi berkongsi resepi kek coklat butter puding yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!