Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Akok Yang Mudah, Cepat Dan Sedap. Makan Panas-Panas Lagi Sedap!

0 839

Seperti yang kita tahu, resepi kuih akok merupakan kuih tradisional yang cukup terkenal di Kelantan dan Terengganu. Kuih akok juga biasanya akan dijadikan hidangan minum petang. Memang sedap sangat rasanya  bila di makan panas-panas.

Kuih akok boleh dibuat dengan pelbagai perisa. Contohnya akok pandan, akok durian, akok nisan, akok kelapa dan akok berperisa original. Akok juga biasanya dibuat berbentuk bujur mengikut acuan buah ulu dan akok bunga.

Akok mempunyai rasa yang manis bertelur. Dan akok juga akan menghasilkan rasa yang sedap bergantung dengan cara adunannya dan proses pembakarannya. Warna setiap jenis akok juga berbeza contohnya, akok nisan berwarna gelap, akok pandan dan kemboja berwarna hijau pucat.

Memandangkan sekarang dah masuk bulan ramadhan, pasti ramai yang teringin berbuka dengan kuih akok bukan? Apa kata kali ini kita cuba resepi kuih akok yang dikongsikan oleh Cik Puan Sitisarah Hamid ini. Sure dah cuba sekali, pasti nak lagi.

Bila pegi bazar ramadhan je, mesti kat bahagian akok ni dah beratur panjang orang nak membeli. Boleh stress juga kalau dah beratur panjang, sampai turn akok habis. Fuh! Nak jerit pun tak guna. Lebih baik cuba buat sendiri kat rumah. Lepas dah tahu resepi, boleh la buat lagi lepas ni kan.

 

RESEPI KUIH AKOK

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Nak buat kuih akok ni tak perlukan bahan yang banyak pun. Cuma nak kena guna telur yang lebih je.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 6 biji telur
  • 2 keping nise/ gula melaka besar (kalau yg kecil 3 keping)
  • 1 cawan santan
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1/4 cawan air

CARA PENYEDIAAN KUIH AKOK :

▶️ Masak gula melaka atau nise dengan air.

▶️ Kemudian, blend semua bahan di atas sehingga sebati. Nak kacau guna tangan pun boleh.

▶️ Seterusnya, bakar guna trio cupcake. Tapi nak bakar guna oven pun boleh. Bakar je dalam suhu 180C selama 20 minit untuk api atas bawah.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Soto Letops Dan Sambal Kicap Ketagih Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!

 

Mudah je kan! Sejam sebelum berbuka pun boleh buat. Penggemar akok dah boleh beli set trio cupcake. Lepas ni, hari-hari dah boleh buat kuih akok kat rumah dengan guna resepi ni.

Banyak lagi resepi yang sedap-sedap dikongsikan oleh Cik Puan Sitisarah Hamid. Kalau tengok share, boleh cecah ribu-ribu share tau. Ramai yang tertarik dengan resepi yang beliau kongsikan.

Akhir sekali, diucapkan ribuan terima kasi juga kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kuih akok yang mudah, cepat dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open