Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Roti Dah Nak Expired. Buat Roti Sardin Follow Resepi Ni Dan Frozenkan!
Ada roti yang dah nak expired? Jom transfer buat roti sardine ni. Roti sardine ni nak buat frozenkan pun boleh nak terus goreng pun tidak ada masalah. Buat untuk hidangan minum petang memang ngam.
Kadang-kadang memang pening fikir nak buat apa lagi untuk minum petang. Siapa yang ada perasaan nak roti sentiasa ada dekat rumah tapi disebabkan expiry date cepat jadi nak kena habiskan pula.
Bila tiada macam-macam benda dalam kepala nak buat kalau ada roti. Tapi dah ada, terbiar begitu juga sampai jenuh fikir nak buat apa. Sebelum ni ada juga tengok resepi-resepi yang kongsikan buat pizza, cucur roti, bakar dalam oven dan sebagainya.
Tapi untuk kali ni saya lenih tertarik nak buat roti sardine ni. Alang-alang memang ada sardine, jadi boleh buat untuk anak-anak makan. Roti sardine ni juga sesuai dibuat untuk sebagai makanan tambahan kalau kita ada majlis kecil-kecilan.
Resepi Cik Puan Siti Hawa Samsam ni memang menjadi kalau buat. Dan beliau suka buat live kongsikan resepi yang mudah dan simple nak buat. Macam roti sardine ni, adalah perkongsian daripada Cik Puan Ana Wahid hasil perkongsian resepi daripada Siti Hawa.
RESEPI ROTI SARDIN
Penggunaan roti dan sardine nak guna apa-apa brand pun boleh. Jika ada yang nak buat untuk frozen boleh buat banyak-banyak terus. Sekali buat untuk makan berkali-kali.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 buku roti
- 1 tin kecil sardine Cap ayam brand
- ½ biji bawang besar ( potong dadu)
- 4 biji cili padi ( hiris halus)
- 1 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar tepung + sedikit air (untuk gam)
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN ROTI SARDIN :
▶ Hancurkan sardine dalam mangkuk. Buang tulang tengan ikan sardine. Jka suka, boleh je masukkan bersama dan hancurkan sekali
▶ Masukkan cili padi, bawang, garam dan juga marjerin. Gaul semua bahan sampai sebati.
▶ Ambil roti, buang bahagian tepi dan lenyekkan menggunakan rolling pin atau apa-apa gelas Panjang.
▶ Letakkan adunan sardine di bahagian hujung roti. Gulung roti sehingga hujung dan sapu bancuhan tepung gandum tadi sebagai gam.
▶ Sapukan juga bancuhan tepung di sebelah kiri dan kanan roti supaya isi sardine tidak keluar ketika menggoreng.
▶ Panaskan minyak. Goreng roti sardine tadi dalam minyak yang panas. Gukan api yang perlahan sahaja supaya tidak cepat hangus. Bila dah bertukar warna terus angkat dan toskan minyak.
▶ Yang belum digoreng boleh masukkan dalam freezer untuk dijadikan frozen food. Nanti bila nak makan defrost dan goreng sahaja.
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Masak Halia Tanpa Minyak. Resepi Sihat Untuk Seluruh Keluarga!
Mudah je kan nak buat roti sardine ni. So lepas nikalau ada roti eztra dan sardine di rumah, boleh buat roti sardine dan frozen kan sahaja. Lebih jimat dan selamat.
Untuk yang suka pedas, nak setiap gigitan tu kena cili, boleh tambah beberapa biji cili padi. Tapi jika ada anak-anak kecil cukup sekadar 4 biji sahaja untuk 1 tin sardine kecil ni. Rasa pedas dia akan kurang dan sesuai untuk dimakan seluruh isi keluarga.
Saya harap, perkongsian resepi buat roti sardine ni memberi manfaatt kepada semua. Simpan dan sharekan juga di wall facebook supaya mudah nak buat bila berkesempatan nanti.