Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ayam Masak Halia Tanpa Minyak. Resepi Sihat Untuk Seluruh Keluarga!
Jarang-jarang nak dengar masakan masak halia macam ni. Bila sebut ayam masak halia sudah tentu kita yakin yang ianya makanan sihat. Tapi sebenrnya belum cukup sihat sebab akan gunakan minyak juga kan.
Tapi dalam resepi Cik Puan Maryam Hussain ni, beliau nak kongsikan amcam mana nak buat ayam masak halia tapi tanpa menggunakan minyak. Barulah betul-betul sihat kalau dapat kurangkan pengguanaan minyak dalam pemakanan harian kita.
Lauk masakan macam ni, bukan bagus untuk ibu bapa kita je yang terdedah dengan pelbagai penyakit. Tapi bagus juga untuk anak-anak kita yang sedang membesar sekarang ni.
Nak buat utnuk makan tengah hari atau malam sangat sesuai. Terutama kalau dah blur sangat nak buat ayam masak apa lagi tu. Setiap hari wajib ada ayam dalam setiap hidangan, jadi boleh cuba ayam masak halia tanpa minyak ni.
Resepi yang simple dan mudah nak buat. Paling penting senang untuk kita yang baru nak belajar masak beberapa jenis lauk untuk hidangan kepada pasangan dan family. Seronok tau rasa bila berjaya dan pandai masak satu -satu jenis lauk ni.
RESEPI AYAM MASAK HALIA TANPA MINYAK
Walaupun tidak menggunakan minyak, resepi ni rasa dia tetap sedap dan marvellous. Kalau hidangkan dengan nasi panas, confirm akan habis licin. Jangan risau okay!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam ( potong dadu)
- 3 inci halia ( hiris Panjang)
- 1 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu sos tiram
- Cili padi
- Tomato
- Kacang Panjang
- Lobak merah
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK HALIA TANPA MINYAK :
▶ Mula-mula potong ayam dan bersihkan. Ayam tak perlu potong terlalu kecil dan jangan pula terlalu besar.
▶ Kemudian gaulkan dengan sebuk kunyit dan garam. Goreng sekejap separuh masak. Goreng tanpa minyak tau.
▶ Seterusnya, campurkan dengan hirisan bawang dan halia.
▶ Bila dah naik bau wangi, masukkan sos tiram dan sedikit air.
▶ Kemudian, masukkan bak merah, tomato dan juga kacang panjang. Semua sayur ni dipotong ikut keselesaan kita sendiri
▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula sehingga mendidih.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Dulu Makan Kuih Bulan Waktu Raya Cina Je, Sekarang Dah Pandai Buat Sendiri!
Jika kita suka extra kuah, boleh lebihkan sos tiram dan lebihkan sedikit air. Biarkan sampai mendidih barulah angkat dan hidangkan.
Senang je kan nak buat ayam masak halia tanpa minyak ni. Ayam tu bile kita goreng tanpa minyak, minyak dari ayam akan keluar dan itulah yang menyebabkan rasa masakan kita sedap. Kalau nak lebih sedap, renjiskan serbuk pati ayam supaya rasa nya lebih berperisa.
Sesekali buat masakan yang sihat buat family kita apa salahnya kan. Biasa masak memang pakai minyak, santan dan sebagainya. Jadi selitkan satu dua masakan sihat buat mereka. Selamat mencuba!