Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Kulat Tumbuh Depan Rumah, Buat Kulat Tumis Cili Padi Ni Memang Marvellous!
Ada yang suka makan kulat? Sedapnya kalau dapat buat masakan kulat tumis cili padi ni. Tak perlu lauk lain dah. Cukup makan dengan nasi putih, picit sambal belacan sikit memang padu!
Harga kulat di pasaran tidak terlalu murah tau. jadi memang sangat beruntung kalau yang mana kulat memang tumbuh sekitar kita tu. Terutamanya di kampung-kampung lah kan. Seronok je tengok pertumbuhan kulat lepas hujan ni.
Selain buat masak tumis cili padi seperti perkongsian Cik Puan Faizah Abdul Rashid ni, ada yang suka buat masak lemak cili padi, ada juga suka makan dengan sup. Tak kira buat masakan apa pun dengan kulat ni, confirm akan habis licin dibuatnya.
Sesetengah orang tidak menamakannya dengan kulat tapi nama lain bagi kulat ini adalah cendawa kukur. Tumbuh di batang kayu kebiasaannya selepas hujan. Bagi yang dah biasa, pasti tahu membezakan cendawan yang mana boleh makan atau yang beracun.
Memang tidak digalakkan untuk mengambil cendawan yang tumbuh meliar kerana bimbang termakan yang beracun. Jika terkena bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan malah boleh maragut nyawa kerana keracunan.
RESEPI KULAT TUMIS CILI PADI
Jadi, kalau ada cendawan kukur atau kulat memang wajib buat masakan ni. Terutama sekali yang belum pernah cuba makan kulat. Lepas rasa, confirm akan jatuh suka!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kulat / Cendawan Kukur
- 8 biji bawang kecil merah
- 2 ulas bawang putij
- 15 biji cili padi akar
- 15 biji cili padi kampung
- Sos tiram
- Garam
- Serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN KULAT TUMIS CILI PADI :
▶ Mula-mula sekali basuh bersih kulat yang kita ada tu. Rendamkan sekejap supaya turun pasir-pasir yang ada
▶ Kemudian, tumbuk bahan-bahan lain tu sehingga lumat. Biarkan tekstur kasar sedikit.
▶ Panaskan minyak, dan tumis bahan tumbuk sampai pecah minyak.
▶ Pastikan cili kita betul-betul masak. tumis sampai sedikit garing.
▶ Seterusnya, masukkan cendawan yang kita dah basuh bersih tadi.
▶ Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
▶ Gaul sebati semua bahan, masukkan sedikit sos tiram dan sedikit air.
▶ Rasa dah okay boleh tutup api. Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Roti Dah Nak Expired. Buat Roti Sardin Follow Resepi Ni Dan Frozenkan!
Masakan kulat macam ni biasanya mak ayah kita memang suka sebab ianya masakan kampung. Nampak macam simple je tapi rasa dia memang padu. Tapi jika ada kulat tu banyak boleh pelbagai kan masakan ikut selera kita.
Kalau ada yang suka makan kulat dan tak tahu nak buat masakan apa, boleh cuba buat kulat tumis cili padi ni tau. Jangan lupa hidangkan dengan sup atau masak lemak ayam. Sebab masakan kulat ni agak kering, jadi pasangankan dengan masakan berkuah.
Sekiranya suka kulat ni berkuah, lebihkan air dan extrakan sos tiram supaya kuahnya rasa sebati. Semoga perkongsian resepi ini dapat memberi manfaat kepada korang semua yang baru nak mencuba!