Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Popcorn Caramel Ala Wayang. Guna Beberapa Bahan Je Tapi Rasa Padu!
Siapa yang kalau tengok wayang wajib akan beli popcorn? Haa popcorn caramel dekat panggung wayang memang rare betul rasa dia. Susah nak jumpa rasa yang sama jual kat tempat lain. Kadang-kadang tu sanggup pergi wayang semata nak beli popcorn je.
Popcorn caramel memang rasa dia sedap sebab salutan caramel yang digunakan tu melekat dekat popcorn. Tak terlampau manis, dan rasa dia nice je. Tapi bila pendemik ni, nak pergi wayang macam mana kan.
Wayang pun tak buka sekarang ni dan sebaiknya di rumah sahaja lah untuk lebih selamat. Tapi bila tengok tv terasa juga kadang-kadang. Alangkah bestnya dapat makan popcorn caramel macam dekat wayang.
Tengah scroll dekat facebook, terjumpa ada yang kongsikan macam mana nak buat popcorn caramel macam dekat wayang. Cepat-cepat save supaya boleh buat nanti. Sbeab kena pastikan bahan semua ada baru boleh mula.
Resepi yang dikongsikan menerusi page Port Makan ni tidak kreditkan kepada resepi asal. Jadi jika ada owner resepi boleh hubungi kami untuk kreditkan ye.
RESEPI POPCORN CARAMEL
Sekarang ni dah ada banyak jenis popcorn orang jual selain perasa caramel. Ada perasa coklat, perasa vanilla dan macam-macam lagi. Tapi yang biasa menjadi rebutan mestilah popcorn caramel ni.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 3-4 sudu butter / marjerin
- Bertih jagung
BAHAN CARAMEL :
- 1 buku butter
- 4 sudu planta
- 2 sudu minyak masak
- 10-12 gula pasir
- 3 sudu susu pekat manis
- 1 sudu besar esen vanilla
CARA PENYEDIAAN POPCORN CARAMEL :
▶ Mula-mula sekali, cairkan mentega dan masukkan bertih jagung. Kalau beli 1 paket, buat beberapa kali sebab nanti penuh kuali dia akan melimpah.
▶ Buat sampai habis bertih jagung kita. Jika nak buat banyak lah. Tapi kalu buat sedikit kurangkan portion bahan lain juga ya.
▶ Untuk buat caramel ni, cairkan butter. Kalau nak lebihkan pun boleh. Lebih sedap. Tapi untuk sedang-sedang sahaja, 1 buku sudah mencukupi.
▶ Kemudian, saya masukkan sedikit marjerin. Kalau tadi gunakan buttercup, 4 sudu lagi saya gunakan marjerin Pelangi. Dan juga minyak masak.
▶ Cairkan semua tu, kemudian masukkan gula, susu pekat dan juga esen vanilla. Kacau rata semua bahan sampai gula hancur sepenuhnya.
▶ Seterusnya, masukkan caramel ke dalam bekas popcorn yang kita dah siap buat mula-mula tadi. . gaul sampai semua bahan kena dengan caramel tersebut.
▶ Sekarang ni, boleh panaskan oven. Kita nak bakar sekejap popcorn ni untuk rasa yang lebih marvellous.
▶ Letakkan popcorn sikit-sikit atas dulang pembakar. Bakar sekejap je dalam 5 minit. Setkan suhu 130/150 ‘c menggunakan api atas bawah.
▶ Ianya bergantung kepada oven masing-masing. Jika sebelum 5 minit, popcorn dah nampak garing cepat-cepat keluarkan.
▶ Sepanjang dalam oven tu kerap kacau supaya popcorn kita tak bakar setempat sahaja. Bila semua dah siap, sejukkan sekejap.
▶ Waktu panas memang popcorn lembik sedikit. Tapi bila sejuk dia akan rangup!
BACA JUGA: Kulat Tumbuh Depan Rumah, Buat Kulat Tumis Cili Padi Ni Memang Marvellous!
Fuuh! Dapat 1 balang besar tau bila dah siap buat popcorn ikut resepi ni. Banyak juga rupanya dapat. Tapi, tak risau sangat sebab sekejap je cepat habis.
Makan sambil tengok tv, memang layanz lah. Setup pulak tempat tengok tv macam wayang kan. Boleh layan 2-3 round cerita tau.
Saya harap yang mana tengah cari nak buat apa makanan sebagai kudapan untuk tengok tv, boleh cuba buat popcorn caramel ni. Confirm satu family akan suka!