Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Masak Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah. Resepi Simple Dan Senang Nak Buat!
Nak cuba buat resepi soto ayam kuah pekat dan rasa berempah? Ha! Jom follow resepi ni! Lain macam sedapnya. Resepi pun simple dan senang sangat nak buat. Mesti tak jemu makan soto ni. Kalau nak makan dengan begedil pun boleh.
Soto merupakan masakan yang asalnya dari Indonesia dan cukup digemari rakyat Malaysia. Sehinggakan pelbagai cara masakannya boleh ditemui di blog dan sosial media. Soto juga sangat popular dimakan pedas dengan cili kicap.
Musim pkp macam ni, nak makan soto kat pasar malam dah tak dapat. Tapi, boleh mencubanya dirumah. Yang penting kuah soto menjadi dan sedap. Macam mana nak dapat resepi soto yang sedap? Kenalah ikuti resepi ini.
Resepi soto kali ini bukan seperti soto biasa. Rasanya cukup berempah. Boleh dimasak cair dan juga pekat. Bahagian ayam yang digunakan adalah isi ayam. Mudah nak carik-carik nanti untuk bahan hiasan.
Resepi soto ayam yang berempah dan sedap ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Ezah Hazreen. Hidang untuk anak-anak dan suami dihujung minggu pun seronok.
RESEPI SOTO AYAM
Soto juga biasanya dihidang bila ada rumah terbuka hari raya ataupun majlis kenduri kendara. Memang ramai yang suka! Apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Nasi Impit
- Taugeh
- Isi Ayam (dicarik)
- Kacang Tanah (digoreng)
- Daun sup
Bahan kisar untuk kuah :
- Isi Ayam (bahagian isi)
- Serai (diketuk)
- 2 Biji Bawang Besar/ Bawang Holland*
- 5-6 biji Bawang Kecil*
- 5 Ulas Bawang Putih*
- 1 inci Halia*
- Kunyit Hidup/ Serbuk Kunyit*
*Kisar semua bahan bertanda *
Bahan lain untuk kuah :
- 2 paket Kecil Perencah Kurma
- 1 paket kecil Perencah Sup
- Sup Bunjut Tulang
- 2 paket kecil Kiub Ayam Knorr
- 4 sekawan
Bahan untuk cili kicap :
- Bawang Putih
- Cili Burung hijau dan merah (merah jangan banyak sangat sebab pedas)
- Kicap Jalen Lemak Manis
- 2 SuduGula
- Sedikit garam
Bahan untuk bihun keropok soto :
- Bihun (tak perlu basuh biarkan keras je)
- Minyak
CARA PENYEDIAAN SOTO AYAM :
Cara penyediaan kuah soto :
▶️ Tumis 4 sekawan dengan minyak dulu.
▶️ Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dengan serai yang diketuk. Tumis sampai pecah minyak.
▶️ Kemudian, masukkan rempah sup dan rempah kurma, boleh tambah air kalau takut hangus, masak sampai pecah minyak sikit.
▶️ Bila dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam sampai kecut.
▶️ Bila ayam dah kecut, masukkan air dan sup bunjut. Air boleh dilaraskan ikut citarasa masing-masing. Samada nak pekat ataupun cair.
▶️ Kuah dah mengelegak, masukkan kiub ayam. Masak sampai isi ayam tadi betul-betul masak.
▶️ Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk sekejap lepas tu dicarik-carikkan.
▶️ Boleh perasakan kuah dengan garam, gula, ajinomoto dan cukup rasa.
▶️ Boleh tambahkan air kalau nak tambah. Kalau rasa dah okey, tutup api. Kuah siap!
Cara penyediaan cili kicap :
▶️ Goreng cili dan bawang putih guna kuali legend.
▶️ Lepas tu kisar semua bahan-bahan tadi. Siap!
Cara penyediaan bihun keropok soto :
▶️ Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas.
▶️ Masukkan bihun sedikit. Nanti bihun akan kembang macam keropok.
▶️ Goreng beberapa saat je jangan lama, nanti hangus. Keropok siap!
▶️ Dah siap dan boleh dimakan. Soto ayam full accessories!
BACA JUGA: Resepi Kerepek Biji Durian Yang Rare Dan Sedap. Boleh Buat Kudap-Kudap Hilang Boring Dan Stress Dirumah!
Dah siap! Bolehlah masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk dan dipedaskan lagi dengan cili kicap tadi. Makan panas-panas dan pedas lebih padu rasanya. Berpeluh satu badan.
Nak makan soto ni tak semestinya kena beli kat pasar malam je. Buat sendiri dirumah pun boleh. Tapi kena tahu resepi yang terbaik dan sedap. Yang paling penting tengok bahan-bahan memasaknya dahulu.
Jadi, lepas ni yang nak makan soto, dah boleh follow resepi ni. Kena cuba barulah tahu sedap ke tidak. Mungkin akan jatuh hati dengan rasanya. Semoga resepi soto ayam kuah pekat dan rasa berempah ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!